Translate This Page

Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 2]

Thursday, July 19, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 1]...


"urmm, umur saya 25 tahun kak, urmm saya mohon kerja saja di syarikat tadi tu" jawabku perlahan kerana agak keletihan.


"owhh, Aira mohon jawatan setiausaha ke tadi, baru lepas temuduga la ni ye?" soal kak Syuhada. "Urmm, ye kak, alhamdulillah saya dah boleh start kerja lusa ni...wahh! hairan juga saya ye sebab macam2 akak tahu ye" aku menjawab dengan nada kagum.



"Owh, sebenarnya akak..." belum sempat kak Syuhada menghabiskan ayatnya tiba2 Syamsul membrekkan kereta dengan mengejut lantas bersuara " Akak!" 

"eyhh kenapa Syam??" teriak kak Syuhada dengan nada terkejut. Aku juga turut sama terkejut dan terpinga-pinga. "hehe, rumah Aira da sampai kak, hehe" dengan slumber je Syamsul menjawab.


"Ish kau ni buat terkejut kitorang jelah, oklah kalau macam tu kita jumpa nanti ye Aira.." sambil menujah bahu Syamsul dan kemudian menghulurkan tangannya kepada aku.

"Urmm, yela kak, terima kasih ye kak, err encik Syamsul. Urmm, berapa ye tambang? " entah mengapa dengan Syamsul aku merasakan janggal jika tidak dipanggil encik. Entah aku merasakan aku sudah rapat dengan kak Syuhada tetapi segan dengan Syamsul.


"Ish awak ni Aira, tak perlu kot nak ber encik2 dengan saya ni. Hehe, tambang masuk buku 555 ye. Dah pergi masuk rumah sana" sambil memuncung kan bibir nya ke arah rumah ku.
"Ye baiklah encik Syamsul, eyhh Syamsul" menuju ke rumah sambil membalas senyuman kak Syuhada dan Syamsul.




Pada keesokan harinya, tepat jam 9 pagi, tiba2 muncul sebuah kereta di hadapan rumahku.

Itu seperti kereta Syamsul semalam, bisikku.

"Aira!! Dah siap ke belum??" terdengar suara seorang perempuan dari arah kereta tersebut sambil melambai-lambai ke arah aku.

Aku pon pergi ke luar pagar bagi memastikan siapakah perempuan itu, adakah benar kak Syuhada?

"Eyh akak, kenapa ni kak? Err, Syamsul suruh kutip hutang tambang semalam ke kak?" aku menjawab sambil muka kebingungan.


"Hehehe, kelakar la bakal adik ipar akak ni" laju sahaja kak Syuhada melafazakan katanya itu sambil menepuk bahu ku sehingga terkedepan aku dibuatnya.


"hah??" aku benar-benar bingung. "Opss, err bukan...bukan itu, maksud akak Aira ni macam adik ipar akak, kelakar orangnya, hehe" balas kak Syuhada dan menyambung lagi "Dah siap kan?? Jom ikut akak!" sambil menarik tanganku masuk ke kereta.



"errrr, jap kak nak ambil handbag saya" aku turutkan sahaja kata kak Syuhada. Mujurlah aku lengkap memakai baju blouse dan seluar sleck hitam serta tudung bawal rose ku yang pada tujuan asalnya aku mahu keluar membeli attire lengkap untuk dipakai esoknya.



END OF "Korban Cintaku Demi Sahabatku" [Part 2]

NEXT PART [PART 3]

4 172 Love this entry

  1. wah....baiknya akak syamsul
    :terharu.....smbgan ke 3..

    ReplyDelete
  2. p/s: nak jemput awak sertai contest KASIH SAYANG
    http://neiaa90.blogspot.com/2012/07/contest-my-beloved-follower.html

    ReplyDelete
  3. best!! tapi hawat pendek je ni. baru nak feel,tiba dah habis..huaa!! =(

    ReplyDelete
  4. @Nurul Nadia

    hehe, ok nad, doakan BL berjaya habiskan cerita ni kayhh ;)

    @ElixirReyn

    hihihi, yela ingatkan dah pnjng tu yg pendekkan..hihi ok insyaAllah next punya akan dipanjngkan skit...hihi

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com