Translate This Page

Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 4]

Friday, July 20, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 3]




 "Siapa tu Aira?" soal Diana sambil memuncungkan mulut nya ke arah kereta itu.

 "Entah, aku pon tak tahu, gelap saje kereta cermin nya..urmm"  jawab aku dengan nada yang resah.


"Eyh, orang tu pergi rumah jiran sebelah la Aira." kata Diana sambil menyelak luas lagi langsir rumah.


 "Haa, barangkali itu saudara jiran kita kot, tengok dia parking dekat depan rumah jiran kita" jawabku yang ingin menyedapkan hati. "Oklah Diana, aku gerak dulu lah, takut jam pulak nanti naik bas" balasku lagi.


"Eyhh, awal nya ko pergi, kan pukul 9 masuk nya, sekarang baru pukul 7.45, hehe, tahulah tak sabar nak jumpa kekasih hati baru..opss...mulakan kerja baru...hehe" balas Diana setelah aku menceritakan mengenai Syamsul tempoh hari yang lalu.


"Ishh, ke situ pulak dia, dah la byeee..aku pergi dulu lah, assalamualaikum" balas aku kerana tidak mahu lagi melayan kerenah Diana yang suka mengusik-usik.


"Eleh malu-malu letewww,  urmm yolah, waalaikummussalam" balas Diana



Keluar sahaja aku dari pintu pagar tiba-tiba....

vrooooommmm! *gedebuk aku terjatuh..." Ya Allah! Tolonggggg...." aku berteriak. Diana yang baru sahaja menutup pintu rumah bergegas ke arah aku dan turut sama menjerit meminta tolong.


*Gedebukkkk... penunggang motosikal yang baru sahaja meragut aku dipukul dengan batang kayu hoki oleh pemandu kereta yang parking di hadapan rumah jiranku tadi.


Seperti aku kenal sahaja lelaki berkaca mata itu...makin bergaya sahaja dia...adakah??


"Woi Aira! Cepatlah tolong telefon polis!" teriak lelaki itu sambil memegang erat tangan peragut itu. Aku dan Diana kemudiannya berlari ke arah mereka. Mujurlah aku tidak kenapa-napa kerana aku hanya jatuh di atas rumput yang tebal di hadapan rumah aku.



"Owhh, kau rupanya Rafique!" sempat juga aku menegur bekas rakan sekolah menegah aku itu. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan Rafique. Tapi kami hanya berhubungan melalui tweeter sahaja. Itu pun jarang-jarang.



 "Ishh kau ni cepatlahh, lari plak budak ni kang!" sekali lagi Rafique menyuruh aku menelefon polis. Aku pon segera mencapai handbag ku dan menekan kekunci handset Samsung ku.


Gambar hiasan


"Bangg...bang jangan bang...ampun bang, saya orang susah bang" rayu peragut yang kelihatan  dalam lingkungan belasan tahun.


"Haaaa! Tau pon kau takut ye budak! Berani kau meragut Cik Aira ye!" sergah Rafique.

Setelah budak itu kelihatan teresak-esak merayu dilepaskan, akhirnya aku dan Rafique membuat keputusan untuk melepaskan budak itu. Budak itu juga memohon maaf atas perbuatannya dan pulang dengan motosikal nya yang kelihatan seperti baru lepas kemalangan namun masih boleh digunakan lagi.


 

"Diana inilah Rafique, rakan sekelas aku time sekolah menegah dulu" aku memperkenalkan

Rafique kepada Diana.


"Heheh...Owh hai Rafique" sambil ketawa tersipu-sipu. "Hai kawan Cik Aira, hehe" balas Rafique sambil menundukkan sedikit kepalanya. Sempat juga si Rafique ni bergurau.


"Urmm, tak mengapalah, hehe, tak mahu kacau korang, aku masuk dulu ye Cik Aira!!" usik Diana sambil berlari-lari anak masuk ke rumah.


"Eyhh, Aira jomlah gerak. Takut jam pulak jalan nanti" Rafique mempelawa aku??


"Ko nak ajak aku pergi mana nih Fique, tak apalah, budak tu dah mitak maaf pon. Tak payah la pergi balai polis. Aku pon ok je ni haa, tak payah la pergi klinik bagai. Aku dah lambat pergi kerja ni" ulas aku dengan lajunya.


"Ishh, kau ni menggelabah je, hahahaha!" Rafique tertawa melihat gelagat aku yang senang-senang sahaja membuat spekulasi.

"Cepatlah masuk kereta aku, nanti lambat pulak nak berjumpa dengan encik Syamsul" jelas nya lagi.

'haaaa??" aku tertanya-tanya, kenapalah mamat nama Syamsul tu famous sangat hehh!

"Jemput masuk Cik Aira Cinderellaaaaa, haa dah siap bukak kan pintunya sekali haa" Rafique seakan-akan malas melayan satu-persatu kerenah aku. Aku pon turutkan sahaja setelah aku yakin  dia mahu ke tempat yang sama seperti aku.





END OF "Korban Cintaku Demi Sahabat" [Part 4]
 
NEXT PART [PART 5]

1 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com