Translate This Page

Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 8]

Wednesday, July 25, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 7]





p/s: Aku akan post 2 part kalau pendek....hehe, maaf kalau ada kekurangan...enjoy your reading kayh! =)



"Ha'ah kak. Owh patutla dia beria-ria suruh saya mintak kerja kat sini. Urmm" keluh aku.

"Hehe, janji dengan akak jangan marah pada diorang, OK." rayu kak Syuhada. "Urmm, ye kak, tak mengapalah benda dah jadi. Hehe, insyaAllah saya tak marah lah" balas aku sambil melemparkan senyuman kepada kak Syuhada.


"Baiklah, kalau macam tu hari ni akak bagi dokumen, so Aira isi dan tengok-tengoklah dulu ye. Kalau tak faham tanya akak mahupun mana-mana staff, OK" aku mengangguk sahaja semua kata-kata kak Syuhada.


"Akak tinggal Aira ye. Jangan sedih-sedih tau. Takpe nanti Syamsul datang la lepas dia habis meeting, hehe" sempat lagi kak Syuhada bergurau.

"Ye la kak, terima kasih tau" balas aku pendek sahaja.



Tepat sahaja jam lima petang, semua staff termasuklah aku sendiri kemas-kemas untuk pulang. 

Tuk tuk tuk... kedengaran bunyi pintu office ku diketuk. "Ye, silakan masuk"" pinta aku. "Hai Aira. Ko balik naik apa hari ni?" soal Rafique.

"Owh, Rafiique. Aku balik macam biasa naik bas je kot." balasku. Ternyata jangkaanku nampaknya salah. Orang yang mengetuk pintu tadi bukan seperti apa yang aku harapkan iaitu Syamsul.


"Jom aku hantar kau nak? Kalau kau tak nak pun aku nak hantar jugak" tegas Rafique.

Aku ter tanya-tanya di manakah Syamsul? Kenapa dia tak pelawa aku sahaja? Kenapa Rafique?

Rafique yang perasan gaya aku menoleh-noleh ke arah luar office seperti dapat memahami fikiranku.


"Alahai, cari siapa? Kan aku ada kat sini, hehe" katanya. "Urmm, yela, tau lah kau ada kat sini, urmm, jom lah balik!" laju sahaja aku mengajak Rafique pulang dengan nada merajuk kerana buat-buat tak faham dengan aku.


"Eyhh, merajuk pulakk. Hahaha" berdekeh-dekeh Rafique mentertawakan aku. "Takpe lah aku naik bas!" Entah mengapa aku tekad nak membuat tunjuk perasaan pada ketika itu.


"Eleh, yela aku bagitau ni, Syamsul kan...dia kan..." tiba-tiba sahaja lama Rafique mengambil masa untuk menghabiskan ayatnya. Aku pula secara auto reflection menoleh ke arah Rafique dengan lajunya apabila mendengar nama Syamsul disebut.


"Nape dengan Syamsul? Takde kaitan pun. Dahlah jom balik! Grrrr.." Aku seperti tidak mahu menunjukkan perasaan ku pada Syamsul di hadapan Rafique kononnya.

"Ishh, payah kan perempuan ni, kuat merajuk. Nasib baik comel. Hehe. Tak, sebenarnya macam ni. Syamsul hari ni balik lambat sebab kena jumpa client. Mungkin pukul 6.30 baru dia pulang. Dia minta tolong aku hantarkan kau balik. OK Aira Cinderella?" gurau Rafique lagi.


"Owh, OK" balasku pendek kerana sudah penat melayan kerenah si Rafique.


Sampai sahaja di rumah. Tiba-tiba sahaja Diana menyerang aku. "Eyh apa ni Diana??" teriak aku.


END OF "Korban Cintaku Demi Sahabat" [Part 8]


NEXT PART [PART 9]

2 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com