Translate This Page

Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 9]

Wednesday, July 25, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 8]




"Hahahah, macam mana kau dengan Rafique?" tiba-tiba sahaja soalan yang tidak ku jangka keluar dari mulut Diana.


"Ishh, kau ni buat aku terkejut je. Kalau ye pun biarlah aku duduk dulu. Urmm" pintaku. "Yela-yela, jom tak sabar ni nak dengar!" teriak Diana dengan nada excited.


"Haaa, kenapa tiba-tiba tanya pasal aku dengan Rafique ni?" aku benar-benar bingung dengan Diana.

"Elehh,  takkan tak nak share kott. Hehehe.Alaaa tak payah la malu, Airaa..." balas Diana.

"Ishh, kenapa ni?? Hahaha, baik kau mengaku apa motif kau suruh aku mohon kerja dekat syarikat tu hah??!" aku konon-konon dengan nada marah.

"err, motif apa ni? Alaa saje je kau tukar topik kan?" balas Diana lagi.

"Haaa, aku dah tahu dah rahsia korang bertiga tahu??" kali ini aku bangun dari tempat duduk untuk menakut-nakutkan si Diana.


Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Diana mengaku dia bersepakat dengan Rafique dan Syamsul. Tetapi....

"Hehehe, alaa, ok la tu kau dengan Rafique, aku pula dengan Syamsul kan?" kata-kata  Diana benar-benar membuatkan aku terkejut. Mungkinkah Diana salah faham hubungan aku dengan Rafique?


Walaupun aku pernah menceritakan  aku bertemu Syamsul, tetapi aku tidak pula mention nama Syamsul cuma aku memberitahunya peristiwa di mana seorang lelaki yang menarik minatku di saat pertama aku bertemu dengannya. Tapi takkanlah Rafique sedangkan aku kenal Rafique sejak dari aku sekolah menengah lagi. Mungkinkah Diana tidak mendengar cerita aku dengan teliti pada malam itu?




Diana menarik tanganku sehingga aku terduduk, "Airaaa, dengar tak ni? Aku rasa Syamsul tu pilihan yang terbaiklah. Rafique pun tidak kurangnya tapi dia dengan kau sangat sweet Aira!!"

Aku hanya mampu menoleh dan melemparkan senyuman kepada Diana dan meneliti cerita yang mahu disampaikan olehnya.

"Kau tahu tak Aira, sepanjang-panjang kitorang bekerjasama kan, Syamsul selalu berpesan kat aku, suruh aku pakai tudung. Aku rasa dia benar-benar prihatin pasal aku. Hehehe, samalah macam Rafique, dia pulak selalu concern pasal kau Aira!!" sambung Diana lagi.

"Hehehe, urmm, ye ke?" aku menunjukkan minat ke arah cerita Diana walaupun hatiku agak terguris.

"Hari tu kan Syamsul saje je praktis nak ucap cinta kononnya pada bakal isterinya nanti. Tapi dia praktis ucap dekat aku. Macam nak bagi hint sahaja pada aku. Cair aku dibuatnya. Tapi, entahlah, aku rasa aku dah jatuh cinta sangat pada si Syamsul ni. Lepas ni, aku nak bertudung berjumpa dengan dia. Aku nak buat surprise yang aku benar-benar dah berubah, insyaAllah, hehe" jelas Diana dengan nada yang bersungguh-sungguh. 


Melihat pada keadaan Diana seperti itu, aku tak sanggup meluahkan perasaanku yang terbuku ini terhadap Syamsul kepada Diana. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk mengiyakan sahaja kata-kata Diana mengenai hubungan mesra ku dengan Rafique.


"Eyhh asal kau diam je?? Cerita la pulak pasal kau dengan Rafique, cepatlah! hehe" pinta Diana.

"Urmm, macam tu lah, yang macam kau nampak, hehe. Eyhh aku nak mandilah. Nanti kita makan sama-sama ye" jelas aku yang ingin memberhentikan perbualan kami kerana aku tidak dapat menahan perasaan yang bila-bila masa sahaja boleh membuatkan aku mengalirkan air mata.


"Yelahh, teringin sangat nak Syamsul layan aku macam mana Rafique layan kau, Aira! Haha" teriak Diana setelah aku menaiki tangga untuk ke bilik.



HAMPIR SEBULAN BERLALU. Diana dan Syamsul ku lihat semakin rapat. Tiba-tiba kata-kata kak Syuhada bermain di fikiranku. Adakah benar Syamsul bertekad mahu menjadikan aku sebagai ratu hatinya?


"Aira, sebenarnya aku tahu Syamsul suka kat kau. Mungkin dia nak rapat dengan aku bersebab. Dia selalu tanya pasal kau setiap kali keluar dengan aku. Tapi Aira, kau kan dah ada Rafique? Sanggup kau hancurkan hati Rafique tu?" tegas Diana.


"Urmm tapi Diana??..." belum sempat aku menghabiskan kata-kata ku Diana menyambung lagi.


"Lagipun kau tengok sekarang. Aku berubah sebab Syamsul kau tahu? Kau nak ke aku berubah ke cara aku yang asal gara-gara kau Aira? " 

soal Diana seperti nada mengugut.


Memikirkan pada kata-kata Diana, hatiku berasa pilu melihat kepada kebaikan yang dilimpahkan oleh Rafique kepadaku walaupun Rafique tahu pada hakikatnya aku tetap tidak akan menerimanya sebagai teman hidupku. Aku juga terharu melihat perubahan Diana yang dipengaruhi oleh Syamsul walhal selama ini, Diana tidak mudah menerima terguran sesiapa pun.



"Urmm, yelah... Tapi Diana, aku nak beritahu kau sesuatu. Aku harap kau berubah kerana Allah dan bukan kerana Syamsul semata-mata. Tak mengapalah, kalau macam tu aku undurkan diri. Aku akan pulang ke kampung halaman dan bekerja di sana. Esok aku akan hantar surat perletakan jawatan pada kak Syuhada" 


balas ku tanpa melihat ke arah Diana. Air mata ku juga sudah bergenang memikirkan kata-kata Diana yang selama ini ku fikirkan sahabat yang paling rapat denganku. Itulah cinta. Cinta itu bisa membutakan hati sesiapa sahaja yang tidak dapat mengawalnya sehingga soal agama pun dipermain-mainkan. Nauzubillah.

Gambar Hiasan



Pada keesokan harinya, aku menghantar surat kepada Syamsul kerana kak Syuhada dan Rafique ada meeting dengan client.

"Kenapa ni Aira? Kenapa tiba-tiba sahaja?" soal Syamsul.

"Encik Syamsul tahu tak kenapa saya letak jawatan?" soal ku dengan tegas dan panggilan Encik Syamsul menampakkan aku benar-benar serius dengan apa yang bakal aku perjelaskan.


END OF "Korban Cintaku Demi Sahabat" [Part 9]

NEXT PART [PART 10]


0 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com