Translate This Page

Manisnya Cinta di Cappadocia

Sunday, December 07, 2014

Assalamualaikum...

Firstly aku nak cakap cerita ni best! 4.5/5 bintang ok... Hehe 



Ok, tengok kat banner tu siapa pelakon dia? Semua pelakon hebat pandai berlakon.. Drama queen dan Drama King... Kehkeh... *jangan marah naa >.< aku jer drama princess sebab tak naik takhta lagi


So, mesti korng nak tahu apa yang menarik sangat cerita ni? Kalau filem romantik lebih baik tengok drama hindustan ye dop? kalau sedih lebih baik tengok One litre of tears, lawak? Lebih baik tengok haaaa... 


Nak cakap tengok Maharaja Lawak leteww... Kalau yang peminat Kpop runningman la jawabnya kan? Mihmihh


Tapi cerita ni susunan cerita dia aku suka dan semua babak2 yang aku cakap taip kat atas tadi ada diselitkan dalam filem ni... 


Haaa pernah tengok pisau cukur lakonan Nur Fazura? Aku rasa tu salah satu filem Melayu yang berjaya menarik hati aku untuk tontonan di pawagam..


Manisnya cinta pon tak kurang hebatnya... Sebab? Haaa scenery dia sangatlah menarik... Cappadocia ni kat Turkey... Uolz taulah kan Iolz nak pergi sana tak dapat, so tengok wayang pon jadi...



Macam biasa lah mukadimah tak nak kalah macam lecturer dalam kelas kan... So jom tengok sinopsis cerita #manisnyacintadicappodacia


Sinopsis:

Kisahnya bermula apabila seorang gadis bernama Ifti (Fazura) yang telah lama berkenalan dengan seorang lelaki kerana mengikut kehendak keluarga masing2. Tapi apakan daya lelaki tersebut mencintai orang lain walaupun rasa cinta tu ade sikit la dekat Ifti.


At last, hubungan diorang berakhir dengan sebagai kawan sahaja. Oleh sebab mahu menolong kakaknya, Ize (Lisa) mahu memperkenalkan kakaknya, Ifti dengan kawan kepada tunangnya.



Tapi kakaknya menolak kerana berpegang kepada prinsip tidak pandang rupa, darjat dan status. Kebetulan pula kakak Ifti dan Ize, Aida baru sahaja meninggal dan meninggalkan 3 orang anak dan suaminya, Bakhtiar. Ifti dan Ize telah menjadikan mereka sebagai anak angkat kerana Bakhtiar telah berkahwin lain. *part ni sedih jugakla... Sobss



Ifti akhirnya dipertemukan dengan seorang driver bas, Najmi yang tahu apa sahaja mengenai Ifti. Mereka pon berkenalan dan suka antara satu dengan yang lain di mana cinta mereka berputik di Cappadocia. *babak2 sweet ni...suka leteww


 Namun apakan daya, tidak lama selepas itu, Ifti secara tidak sengaja terlihat Najmi bersama anak dan isterinya. Ifti begitu sedih dan terus tidak berhubung dengan Najmi. Dan pada masa yang sama, Bakhtiar telah insaf dan melamar Ifti kerana tertarik dengan sifatnya yang baik dalam menjaga anak2 nya.


Ifti memang sayangkan anak2 itu. Apakah jawapan Ifti kepada Bakhtiar? Adakah dia menerima lamaran Bakhtiar kerana terpaksa? Adakah Ifti dapat melupakan Najmi begitu sahaja? 


Jadi jangan lupa tonton filem #manisnyacintadicappadocia 11 December 2014 di seluruh pawagam ok!! Pergi tengok trailer kat Youtube tau! =p


Jom zass gambar!!




Kebetulan pulak birthday mekonie semalam, so kaknini dengn aku pon plan nak Fazura nyanyikan untuk dia...kihkih and yess berjaya!! Semoga MekOnie berjaya dunia akhirat~~




Selamat Menonton!! 

^_________^


3 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com