Translate This Page

Keputihan boleh membatalkan solat! Jangan pandang remeh!

Tuesday, June 02, 2015

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak share info yang berguna kan kan... Asyik promote and cerita pasal life aku... Jadi di kesempatan ini, aku nak jugaklah share ilmu yang menyentuh sedikit berkenaan solat kita bagi kaum perempuan terutamanya...

InshaAllah apa yang aku tahu aku cuba share khas buat semua readers blog ni =) Mungkin benda ni agak sensitif tapi sebab mungkin ramai yang masih tak tahu di luar sana...Jadi aku kongsikan bersama...Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat buat semua...


Pada setiap hari Jumaat, UiTM Puncak Alam akan mengadakan ceramah agama bagi kaum hawa yang dikenali dengan panggilan "Recipe of Women". Malangnya 2 Jumaat yang lepas aku tak dapat join, pada aku mungkin tiada rezeki nak join kali ni.


Tapi membe aku, Syamimi yang selalu pergi dengan aku dia cerita balik kat aku satu persatu apa yang disampaikan dalam ceramah pada Jumaat tu. Alhamdulillah syukur dapat membe macam Mimi  ni >.<. Tajuk nya ialah "cara solat berjemaah dalam kalangan wanita"...


Tapi penceramah ada juga tekankan berkenaan keputihan yang membatalkan solat... Kita perlu jugak tahu keputihan ni ada 3 jenis:

1)     Bersih. Iaitu yang berada di tempat yang terzahir ketika duduk bagi seorang wanita. Kawasan yang wajib dibasuh ketika mandi junub dan istinjak.(Cecair yang datang dari bibir faraj /vulva yang memberi lembapan kepada faraj).
2)     Najis. Keluar dari dalam faraj. Iaitu kawasan yang melebihi kadar yang boleh dicapai oleh zakar.(Keputihan yang datang dari pangkal rahim/cervic dan rahim/uterus dan mengalir keluar)
3)     Bersih mengikut pendapat terkuat. Dari kawasan yang mampu dicapai oleh zakar dan tidak mengalir keluar.





Apa yang aku dapat share kan secara summary nya ialah: 

  • keputihan biasanya memang kerap terjadi di kalangan wanita yang baligh. Jadi kita disarankan memakai pantyliner dan kerap menukar-nya terutama apabila ingin menunaikan solat. 


  • Cara ini adalah jalan selamat untuk memelihara kebersihan dan kesucian, mudah-mudahan ibadah solat diterima. Manakala lembapan pada faraj pula adalah semulajadi dan bertindak mengelakkan rengsa dan kekeringan. 

  • Jadi, samaada anda mengalami keputihan atau tidak, hanya anda yang boleh menentukannya. Wallahua’lam



Ingat tau, jaga kebersihan dan kesucian dalam melakukan ibadah solat... Kebersihan dan kekemasan itu sebahagian daripada iman! Semoga bermanfaat!



SUMBER:
RECIPE OF WOMEN UiTM Puncak Alam (22 MAY 2015)
HALAQAH.NET (KELENDIHAN/KEPUTIHAN) *untuk maklumat lanjut, mohon klik link okayh ;')


4 172 Love this entry

  1. Thanks for the advice sayanggg!! Luv it.. Alhamdulillah..tak ada masalah tu.. Tapi tak taw lak boleh batal smbahyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak semua jenis keputihan batalkan solat ;) huhu ade 3 jenis tu...yang di anggap najis bila dah keluar kena pada seluar tu yang batal...so kena bersihkan dulu... yang tu yang kita belajar huhu... wallahua'lam

      Delete
  2. INFO YG BAIK.. kak suka baca blog sis.. jemput ke blog kak yr..

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com