Translate This Page

Family Trip ke Sawarak !

Saturday, July 04, 2015

Assalamualaikum...


Nampaknya dah lama aku tak update blog ni ye.. So, sementara ada masa ni, aku nak share TEMPAT BEST korang boleh lawat kat SAWARAK! huhu, walaupun dah lama tak update, tapi alhamdulillah masih ada pembaca setia blog ni ye...kehkeh maintain pageviews 300++ per day bagi blogger picisan macam aku ni.... Aku tengok yang banyak nya usha entry INI.. Maklumlah nak raya dah kan...



Lokasi: Pusat Latihan Polis, Kuching... comel adik2 ni tau~

Sebenarnya, ada benda aku nak share dengan korang... Aku sebenarnya memang teringin nak pergi melancong merantau negeri orang ni...Serius seronok sebab belajar banyak benda kan... Cuma Sarawak ni memang masuk dalam wishlist "yang yang yok je" tak serius pon nak pergi Sarawak..

Kedai Kek Lapis Sarawak Mira! Memang murah dan sedap! Dari serendah RM10 je! Borong la untuk classmate sikit kan... Nak bisnes kang jadi lain plak kan....kahkah!


Kebetulan adik aku dapat training kat Sarawak... Parents aku memang plan nak pergi untuk graduation dia lepas tamat latihan tu nanti sebab time dia grade diploma haritu parent aku tak dapat hadir..cian plak adik laki aku sorang ni kang... 


Cuma aku je yang banyak benda aku fikir dengan belanja, dengan kelas, dengan assignment nak dekat final exam banyak plak..huhu pelajar cemerlang sangat kau shiqin! Lolz >.< 


Jadinya, angan2 aku terus menjadi angan2... Tapi kebetulan Air Asia dengan Malindo ada buat promosi time tu... Jadi aku pon semangat lah nak pergi kan dan ayah aku tanggungjawabkan atas aku untuk setelkan tiket flight semua...

Tapi memang nasib aku tak berapa nak baik la kan, sebabnya tiket promosi semua cukup2 untuk family dan mak sedara aku... Lepas tu kau kena bayar 300++ which is berat untuk aku mintak kat ayah aku untuk tambah lagi... So aku pon plan untuk tidak pergi dengan redha dan pasrah..hahah *apehal bajet bersamamu sangat ni?

Tapi beberapa hari lepas aku setel tiket semua tiba2 parents aku tanya aku tak ikut sekali ke? hahah memang mula2 parents aku tak tahu... Tapi mestilah kantoi sebab nama aku takde dalam tiket kan...Aku cakap je aku ada kelas lah so tak dapat pergi and promosi tu cukup2 jer... haha buat ayat sedih dengan harapan ada orang nak sponsor... Kalau boleh tak nak bebankan parents aku... hurmm


Lepas tu beberapa hari lepas tu mak aku kol ada orang nak sponsor tiket tak kisah berapa pon dia bayarkan....hahaha mana tak excited aku terkinja2 melompat! Rupanya adik aku kat Sarawak nak sponsor...Sebab tiket dia memang kerajaan dah sponsor dah...naik MAS lagi tu... 


Lepas tu dengan laju nya jari jemariku ke webside Skyscanner untuk cari tiket yang paling murah masa tu! Compare punya compare, akhirnya aku pergi naik Air Asia, balik naik Malindo! hahah aku compare harga dah termasuk GST dan segala Tax! Betapa nak jimat nya aku! hoho...




Sebelum tu aku nak share dengan korang, kalau nak murah, TAK PERLU BELI INSURANS dan jangan tick dekat MESSAGE ITINERARY yang charge RM2 tu....Yang ni untuk trip yang sekejap jela hehe.... nampak macam bahaya kan, tapi depends lah kat korang hehe... Tapi make sure doa banyak2 dipermudahkan perjalanan okayh ;)


Tarikan Utama Di Kuching mestilah Kucing kan? miaw miaw~ Sesi membajet


Akhirnya dapatlah aku merealisasikan impian aku untuk ke Sarawak! Oversea paling jauh aku pernah pergi tau? ;') bukan mampu sangat nak pergi oversea jauh2 ni...hehe.. Aku habis kelas Jumaat tu terus pecut pergi KLIA 2, membe tolong hantarkan.. hehe terharu ada membe macam ni =') 



The Queen of my heart =)


Kebetulan adik2 ni tengah shooting, dengan slumber jer aku minta diorang bergambar sekali! hahah! sporting habis! 

Family aku memang dah bertolak sehari awal, cuma aku je lambat sikit... Sampai je kat Airport Kuching terus family aku datang pickup dan check in hotel... OK, kali ni aku tak pakai TRIVAGO sebab ayah aku memang dah selalu pergi Sarawak outstation sana... So kali ni kitorang menginap kat John's Place Hotel (hotel budget yang memuaskan!) Kalau rasa kaya sikit dekat situ ada hotel Hilton tak silap aku...


Lokasi memang tengah2 bandar Kuching... So nak pergi mana2 bank ke apa ke semua dekat! Aku suka sebab bandar dia bersih dan design building dia memang uniq~~



Toilet semua memang build environemnt la aku cakap... Janji selesa dan tak berbau ^^


Ni kebetulan ketua polis negara nak datang kot tu yang PULAPOL buat cantik benda ni... hahaha SELAMAT DATAI!!






Macam biasa la ajet2 model gitteww... xD


Nak shopping? Haaa apa lagi ke PASAR SERIKIN KE KITA! Kalau ikut waze taip je PASAR SERIKIN dan follow je... Dekat Kuching WATER FRONT pon ada jugak tempat shopping kalau nak cari kain nila ke bag2 tangan dan cenderahati pon banyak kat situ!


Serius murah dan berbaloi2 haaa! Aku memang jenis pakai grab je janji ikut citarasa aku dan berbaloi...Memang takla nak jalan sampai hujung...hahah nangis aku kang compare harga dengan hujung memang murah sikit lah kan....Semua ada daripada skirt, bag, cenderahati, tshirt, tilam gebus haha semua ada!


Lepas tu malam kalau nak beli ikan terubok masin korang boleh singgah di KUBA RIA di bandar Kuching! Kalau nak beli cendehati pon ada! Kat sini bila aku compare antara Water Front, Pasar Serikin dengan Kuba Ria ni, cenderahati dia paling murah!

Lokasi Kuba Ria

Tapi memang tak berapa banyak choice but still ok lagi la... Kalau nak beli kat ada kedai cina perempuan muda yang jual time aku pergi tu... Dia jual bag yang kait2 tu pon murah berbanding dengan yang lain!


Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat Sarawak cuma yang tu je dapat aku sharekan.... huhu kalau nak tahu lebih lagi boleh klik sini >>> TEMPAT MENARIK DI KUCHING SARAWAK sebab aku pon ada gak refer kat sini time nak berjalan haritu...hehe... 


So takdelah penat tercari-cari kalau dah tahu mana nak pergi kan.. Kalau tak biasa aku sarankan pakai waze! haha memang berguna sangat waze okayh! Sebabnya jimat masa, tak perlu bersesat dan senang nak pergi banyak tempat lagi2 bercuti dalam masa yang singkat!

Wefie time! Tahniah adik dah ada degree dalam apa tah? hahha....Dapat posting dekat dengan rumah boleh ulang alik dari rumah sambil tengok mak abah =') alhamdulillah...




Habis dah~~ Weyh aku lupa makanan? hahha...nak makan boleh pergi kat waterfront foodcourt berderet kedai makan...Jangan lupa try mee kolok okayh! haha sedap ngat! Dekat hotel aku menginap ni pon banyak restoran...tayah risau lah! 



Before berlepas ke Kuching aku join sukan antara Fakulti Sains Kesihatan Puncak Alam... Lepas tu final game aku tak dapat join... junior lah tolong mainkan kan...

Saje2 lah join budak junior kan nak tunjuk bakat main bola tampar... Tak sangka plak dapat nombor 3.....haha yang pasti bukan aku lah yang banyak score kan xD Yang penting sijil...hahah dah nak masuk final year ni masing2 gila sijil xD 


Hopefully membantu di masa hadapan! Ok lah Uolss~ Thanx for reading this entry!! Semoga entry ni membantu serba sedikit bila korang nak bercuti ke Kuching Sarawak nanti!!  Got one more paper and gonna finish my sem soon! Till then peeps! bye~~


JOM BACA TIPS BELANJA MURAH KE LANGKAWI! 




0 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com