Translate This Page

Aktiviti Riadah di Pantai Redang, Sekinchan

Sunday, November 22, 2015

Assalamualaikum...

Kali ini saya nak sharekan bersama anda pemandangan indah dan aktiviti riadah yang terdapat di Pantai Redang, Sekinchan. Terdapat aktiviti seperti memancing, bermain layang-layang, bersantai, picnic dan pelbagai lagi boleh dijalankan di sini tau!




SUMBER PIC: Supermengmalaya


Alang-alang sekarang musim menuai padi, makanya haruslah photoshoot di sawah padi yang kuning keemasan ni kan...hehe.. Lokasi, Tali Air 3 Sungai Burong, Sekinchan. Kawasan berdekatan dengan kampung membe, Raudhah yang dah banyak berjasa dalam merealisasikan projek tahun akhirku~~ Thanx a lot! Semoga Allah sahaja yang membalas jasa Raudhah sekeluarga..



Haa, ni dia antara ikan yang paling banyak dipancing di pantai redang ni....yang penting bukan akula yang memancing kan hahah.. Aku nampak macam ikan keli... Asal ada sesungut je ikan keli xD... hahaa... Sekali nama nya ikan belukang tak silap aku...






Budak bermain buaian yang dikenalpasti sabotaj gambar aku.... muahahah


Inilah Raudah yang bawak aku pusing-pusing kampung dia.


Terdapat juga jualan seperti dalam gambar atas ni. Makanan dan minuman pon ada dijual di kawasan sekitar.




Seronok tengok suasana satu family spending quality time together gether~~ Tak dinafikan ramai chinese dekat kawasan sekinchan ni.. Tapi melayu pon tak kurang juga ^^




Rasa tenang sangat bila lepak dekat sini. Walaupun sebelum ni ada ura-ura yang mengatakan pantai ni agak kotor dan berbau. Memang ada bau ikan, tapi takdela teruk sangat. Anjing plak merata-rata tapi dia takut kat orang. Tempat parking pon tiada masalah bagi aku.





 Next, gambar sunset plak... Hehe sunshine dah selalu tengok kan =p



Ingat nak singgah tengok sunset tapi kitorang dah penat, so minta jasa baik blogger Supermeng Malaya jela share gambar sunset yang awesome nih!!


So, jemputlah singgah kat Pantai Redang Sekinchan ni! Tapi tidak digalakkan kepada sesiapa yang plan untuk buat family day yang melibatkan ratusan peserta sebab kat situ memang dah ramai orang singgah, so kalau buat family day macam takde space and privacy sangat. Kalau nak santai-santai biasa dalam bawah 20 orang okla kot...hehe  Sekian sahaja perkongsianku pada hari ini! Maaflah ayat pon tak berapa nak tersusun. Hopefully this final year gonna end with happy ending soon, InshaAllah~~ till then peeps!

THANX FOR READING THIS ENTRY!
^________^



0 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com