Translate This Page

Ketika di Bukit Tabur West.... Kami terserempak....

Tuesday, November 03, 2015

Assalamualaikum...


Sebelum saya share kan perjalanan saya dengan kawan2 semasa mendaki Bukit Tabur West, saya ingin bertanyakan satu soalan kepada anda. Pernah dengar berita kurang baik mengenai Bukit Tabur? Mungkin ada antara para pembaca yang tidak pernah mendaki Bukit Tabur sama ada di East atau West. Bagaimana keadaan di Bukit Tabur East? Silakan baca selanjutnya di sini [KLIK] 



Berbalik kepada persoalan saya tadi, semasa dalam perjalanan saya dan rakan-rakan menghabiskan pendakian kami di Bukit Tabur West, kami singgah di sebuah pondok. Tiba-tiba datang seorang lelaki tua mendekati pondok lokasi kami berada. Pakcik yang melihat kami keletihan tanpa segan silu menghulurkan air minuman kepada kami. Setelah bersuai kenal pakcik tu memulakan ceritanya dan tiba-tiba ada seorang lagi lelaki tua datang. Pakcik tu rakan kepada pakcik tadi.



Setelah bertegur sapa, salah seorang pakcik menceritakan bagaimana salah seorang pendaki Bukit Tabur terjatuh dan pecah kepala di hadapan pakcik tu sendiri. Ayatnya lebih kurang macam ni "Jatuh betol2 depan mata pakcik budak lelaki tu pecah habis kepala dia." Kitorang pon semua tergamam, tu la dia tak hati-hati kot. "Bukan apa, dia nak menunjuk dengan girlpren dia selfie tunjuk gagah tak pegang haaa sekali jatuh, tu la pakcik tak berkenan tu"... *Gulp... Banyak gambar selfie yang saya dah ambil waktu tu. Terasa plak saya...hehe



Tapi itulah semua bergantung pada niat. Saya pon berselfie nak buat kenangan sebab segan asyik nak minta tolong orang ambilkan gambar...hehe... So, konklusinya, nak menunjuk tu biarlah berpada-pada ye dop? Safety First ok! ;)



So, nak tahu apa cabaran di Bukit Tabur West ni? Bagi saya Bukit Tabur West lagi mencabar daripada Bukit Tabur East. Kali ni fizikal dan stamina tak berapa nak ready sebab tak buat preparation apa2 tiba-tiba last minit plan nak mendaki. Sebab nak release stress konon2 bila naik kat puncak tu rasa tenteram jer =) tengok kehijauan dengan angin sepoi2...huhu




Bagi newbie yang ada rasa gayat yang agak kritikal tidak digalakkan panjat Bukit Tabur ni sebabnya kalau nak patah balik pon macam susah jugak tau... Kalau nak patah balik mula2 takpelah, ni kalau dah start panjat batu2 tu bukan senang nak patah balik...huhu...




Kali ni tak rasa terkejut sangat macam panjat Bukit Tabur East dulu sebab yang ni kali kedua mendaki Bukit Tabur so, feel dia tu lain... =) Rasa setiap sudut pon nak ambil gambar...huhu 




So, inilah team yang pergi bersama mendaki Bukit Tabur West pada 31 Oktober 2015. Kami bertolak selepas subuh dalam pukul 7 tapi disebabkan banyak stop pit, so sampai puncak dalam pukul 9 lebih...huhu... Kalau yang dah pro katanya sejam dah boleh habis... Tapi niat saya kat sini untuk menikmati setiap pemandagan di Bukit Tabur serius cantik! So jadi nya saya lambat sedikit berbanding yang lain plus stamina tak berapa nak kuat hahah... Jadi, total dalam 3 jam lebih jugak... ~~


Alhamdulillah, selesai mendaki kami pi makan! Haha masing2 lapar sebab tak bawak bekalan... Macam sebelum ni saya dan rakan-rakan bawak bekal nasi lemak ayam~~ Makan kat puncak tu sambil melihat pemandangan...Fuhhh... nikmat~~ Thanx Nisa sudi teman, Shaiful and the geng Zaf, Farah, membe Farah dan Harith untuk plan semua ni! 





So, korang yang berminat dengan aktiviti lasak bolehlah mendaki bukit tabur ni! Hehe..Kalau nak tahu tips berdasarkan pengalaman saya, Silakan BACA SINI Oklah jom tengok short video! 



Sekian, Thanx for reading this entry!

^_________^



4 172 Love this entry

  1. saya ni first time naik west terus.phew -_-''...ada pulak kawan yang kasut rosak masa daki kat belah ni..tapi alhamdulillah semua selamat..pheww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe samela first time naik kasut cikai mmg tercabut tapak habis...nk xnk kena habiskan la jugak huuhu... Lepas tu mmg plan betol ikut tipd kat atas tu

      Delete
  2. teringin nak ke bukit tabur....

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya pemandangan kehijauan di atas bukit tabur yang akak dan kawan-kawan mendaki :-)

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com