Translate This Page

[REVIEW] Akma Beauty Spa/ Facebook Akma Spa Sungai Buloh!

Friday, December 11, 2015

Assalamualaikum...


Akma beauty spa atau terkenal dengan nama Facebook AkmaSpa kini makin dikenali ramai. Mana tidak nya, google sahaja Akma Beauty Spa pasti ramai yang telah review servis di spa berkonsepkan muslimah ini. Cawangan pertama dibuka adalah di Sungai Buloh dan kemudiannya membuka cawangan baru di Melawati, Kuala Lumpur.






Saya sendiri kagum dengan owner Akma Beauty Spa sebab orang melayu kita sendiri. Dan yang paling mengagumkan saya adalah beliau menghasilkan sendiri produk kecantikan di spa beliau ala-ala pharmacist membancuh ubat, hehe. Kebanyakan produk adalah daripada bahan natural tau. 

Baru-baru ini saya berpeluang ke Akma Beauty Spa yang terletak di Pusat Kormesial TSB, Sungai Buloh bagi menjalani rawatan spa seperti di bawah harga mampu milik!!:

*AROMATHERAPY FULL BODY MASSAGE (1 HOUR)
*BODY BUTTER INDULGENCE (30 MINS)
*24K GOLD FACIAL (1 HOUR 30 MINS)
*SAUNA FIR (20 MINS)



Kalau nak tahu, mostly produk rawatan di spa akan dibancuh "on the spot" oleh pekerja mereka menggunakan resipi tersendiri rekaan Puan Akma =). Baru-baru ini staf mereka Alin dan Izzah yang memberi rawatan dan melayan kerenah saya sepanjang menerima rawatan..hehe mereka sangat friendly tau. Huhu dah la masing2 lawa dan comel... ~





Cawangan yang saya pergi di Sungai Buloh ni agak kecil berbanding dengan cawangan di Melawati, KL... Tapi jangan risau, perkhidmatan dan servis sama sahaja amatlah memuaskan tau! ^^ hehe....


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI SPA:
-Wifi
-Tempat Solat
-Toilet mestilah =p
-Ruang Menunggu yang disertakan TV dan majalah


RAWATAN YANG TERDAPAT DI SPA
-FACIAL
-BODY TREATMENT
-HAIR TREATMENT
-MANICURE/PEDICURE
-SLIMMING SET
-FOOT SPA
-BANYAKK LAGII!

Dalam erti kata lain, daripada kepala hinggalah kaki, segala treatment korang boleh buat kat sini dan boleh pilih pakej mana yang korang nak antaranya, Pakej Raja Sehari, Pakej Ibu Mengandung dan lain2~ Oklah jom zass gambar!




Masuk je spa dah kagum nampak cermin besar apa lagi selfie lah...kehkeh


Ruangan laluan yang simple dan kelihatan eksklusif... i loikee~


Antara produk yang dijual di Akma Beauty Spa set kecantikan salah satunya serum!



Doa mohon kecantikan =) Luaran dan dalaman inshaAllah... Antara bilik rawatan yang terdapat di Akma Beauty Spa:



Firstly saya dibawa untuk membuat rawatan sauna. Biasa lah kalau dah buat sauna haruslah berpelu-peluh gituw... Tu pon baru 20 minit dah terkipas-kipas dalam tu haaa... Ya Allah tu baru panas duniawi tau... Baru 39 degree celcius...

Tapi baguslah sauna ni sebab dia keluar peluh yang mengandungi toksin dalam badan dan secara tak langsung memecah belahkan keluarga lemak dalam badan...kehkeh


Selesai sahaja bersauna, lepas dah cooldown kita scrub badan menggunakan home made body butter indulgence.. Pergh memang tertido lah kan of course di dalam bilik yang ber air-cond... Wangiii plak tuu... Fefeeling princess kejap ye~~ Semua Izah buatkan...hehe korang just relax jer


Next is aromatherapy full body message.. Haaa memanjang jela tido yer... hewhew... Nama pon pergi spa, mestilah nak rilex2 je kan...hehe


Minyak pon buat sendiri tau.. Hehe...Inilah minyak yang digunakan untuk aromatherapy full body message..... Please choose your favorite oil ^^ Mine is Refreshing Oil~ hewhew Lastly urutan muka, cuci, picit dan buang blackhead beserta masker 24K Gold... Ok tido lagi haaa... Time ni paling saya suka!! 

Lagi sekali fefeeling anak raja gittew tapi time buang white/blackhead tu memang menagis sikit la...hahaha! Lepas tu rasa sejuk dan soft sangat kulit muka... Siapa tak suka? Siap glowing lagi tuuu... Konfiden je keluar nak tunjuk muka kat semua orang...lolz! Haaa, sekian sahaja treatment saya selama lebih kurang 4 jam... Jangan risau sebab antara rawatan tu korang boleh stop sekejap untuk solat okayh ;) 




Ok lah, selesai sudah cerita rawatan yang saya buat. Jom tengok rawatan lain yang disediakan di sini antaranya rawatan manicure.. Simple dan cantik =)


Setiap sudut memainkan peranan bagi menarik perhatian pelanggan =)

Tadaaaa....haa yang ni suasana di cawangan Melawati, Kuala Lumpur... cantik dan besarr!! SUMBER GAMBAR; FACEBOOK PAGE AKMASPALepas ni boleh singgah yang Melawati punya cawangan pulak! weeee~~


UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT:
FACEBOOK PAGE AKMA SPA
INSTAGRAM: AKMABEAUTYSPA
SUNGAI BULOH 
NO, 79-1, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Kormesil TSB,
Seksyen U20, 40160, Selangor.

KUALA LUMPUR 
No. 315C & 316C, Lrorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati, 51300, Kuala Lumpur.

Sungai Buloh  Hp: +60136757569 Tel: +0361480136 Kuala Lumpur Tel: +60341476433 Email: akmabeautyspa@gmail.com

p/s: Setelah berpenat lelah selama seminggu dan sebelum2nya dengan EIA SEMINAR, MIIEX2015 dan lain2 program, bila dapat rawatan spa ni rasa dia nikmat sangat... Alhamdulillah Nombor 2 group terbaik EIA Presentation, dan Gold Medal for MIIEX 2015.... Alhamdulillah =') Semoga Allah membalas jasa semua yang bersusah payah bersama dengan/untuk saya... sobs..



8 172 Love this entry

  1. Kat sungai buloh ada! Uyoo! Kena cari ni...

    ReplyDelete
  2. Tq shikin.. sudi datang ke Akma Spa.

    ReplyDelete
  3. Boleh memanjakan diri Kat sini kan khas buat wanita

    ReplyDelete
  4. wahhhh best ni, awal tahun pekena spa, ambik mood syok tu :P

    ReplyDelete
  5. harus cari ni...tq for sharinggg..

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com