Translate This Page

Saya Tidak Kejar Populariti Diri

Sunday, January 31, 2016

Assalamualaikum..

Tengok sahaja pada tajuk sudah menimbulkan kontroversi ye dop? Anda seorang yang terujakan "likes" di Facebook, Instagram mahupun mana-mana media sosial yang lain? 

Seronok jadi popular supaya dipandang orang, suruhan Allah terabai?Astaghfirullahalazim... Jom sama-sama muhasabah diri kita.. 



Tapi sejujurnya siapa yang tidak mahu popular kan? Tapi kalau boleh biarlah dengan cara yang baik ye dop? Kalau anda bukan artis atau bukan ahli keluarga artis, TERUSKAN BERMIMPI untuk mendapatkan likes dan followers yang ramai dengan mudah...


Rata-rata saya tengok zaman sekarang ni pelbagai tips yang dikongsikan di media sosial cara untuk meningkatkan likes dengan mudah! Antaranya anda beli "likes" tu ataupun membalas bertubi-tubi "likes" orang lain dalam erti kata lain "boom" wall orang. 


Yang paling tak boleh tahan, seorang hamba Allah ni duduk post pasal islamic MEMANJANG, tiba-tiba keluar post dia like gambar perempuan cantik tak pakai tudung, keluar besaq gedabaq dekat newsfeed (DIA TERTEKAN TU.. Hurmm FIKIR POSITIF). Kalau nak tahu, dosa yang kita lakukan boleh berlipat ganda melalui sosial media sahaja. KLIK SINI (Gandaan Dosa Melalui Sosial Media) 


Ada juga sahabat instagram yang sudi berkongsi tips dan apabila dah ramai likes dan followers, akaun instagram tersebut akan dijual. Jadi tidak hairanlah zaman sekarang kalau budak umur 15 tahun bukan artis gambar pakai baju sekolah comot dapat beribu likes =p muahah jahatnya description! Tapi apa yang penting line kena laju lah kan...hehe... Ye saya akui saya pernah cuba berbuat demikian tetapi apakan daya tidak menjadi. Sebab apa? 



Saya akui saya tidak mampu untuk meng"likes" mengshare, atau memberi komen kepada semua status atau post gambar yang tidak menutup aurat. TIDAK MENUTUP AURAT YE. Kalau berhijab sekalipun tetapi tidak mengikut syariat maka terpaksalah saya abaikan status dan post.


Dan KEBANYAKAN POST DI MEDIA SOSIAL MACAM TU....ASAL BERGAMBAR JE MESTI ADA YANG TAK KENA.... Jadi sekarang ni saya hanya memilih status tertentu sahaja untuk di "like" di "share" atau komen. Status berbaur tidak sedap didengar seperti bergaduh, memaki hamun atau yang "annoying" juga bukan dalam list "likes" saya.




Biarlah diri ini tidak begitu popular, yang penting segala yang baik yang di share dalam blog ini mahupun media sosial lain  menjadi ingatan dalam kalangan pembaca saya.

Biarlah digelar sombong di sosial media daripada tidak tahu batas agama. Biarlah blog lagi popular daripada tuannya =p saya lebih suka begitu. Jadilah seperti.. Uwais al-Qarnee Terkenal Di Langit.... wallahua'lam


ps: Post ini sebagai peringatan buat diri sendiri juga. Tegurlah saya sekiranya anda rasa saya melakukan kesalahan. Sekian...



4 172 Love this entry

  1. Betul.Jadilah seperti Uwais,sangat terkenal di langit.

    ReplyDelete
  2. Hello, very nice blog :)

    GFC & G + you want to follow each other ? If you follow me ,

    I will follow you back then .

    http://beautybeybi.blogspot.com.tr/

    ReplyDelete
  3. zmn skrg byk je yg nak popular. takpe kalau tak popular. tak pening kepala :p

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com