Translate This Page

Cara betul memberi salam dalam SMS/Whatsapp/WeChat - Ustaz Mohd Elyas Ismail

Friday, February 12, 2016

Assalamualaikum dan Salam Jumaat



Pasti ramai antara kita yang sudah tahu dan mungkin juga ada antara kita yang masih tak tahu cara beri salam yang betul dalam SMS, Whatsapp, Telegram, Wechat dan sebagainya. 

Sudah lama perkara ini menjadi perkongsian sama ada dalam internet mahupun ceramah cuma artikel kali ini adalah sebagai perkongsian supaya kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Tak salah kan? Hehe

Dalam rancangan Al-Kuliyah 2016 di TV3 kali ini adalah perkongsian berkenaan memberi salam, yang dikira sebagai sedekah beserta dab-adab memberi salam termasuklah dalam realiti mahupun di alam maya.



Tahukah anda, memberi salam sesama manusia adalah dikira sebagai sedekah? Hehe, Ini adalah kerana kita dikira mendoakan kesejahteraan ke atas orang lain. Akan tetapi perlulah diucap dengan sebutan yang betul dan seikhlas hati =) InshaAllah kita juga akan mendapat kebaikan tersebut.

Baiklah, berbalik kepada topik di atas, cara yang betul menaip dan memberi salam dalam  SMS, Whatsapp, Telegram, Wechat dan sebagainya adalah dengan menaip

SALAM ATAU ASSALAM sudah memadai =) semekom, as’kum, samkom dan yang sewaktu dengannya adalah tidak digalakkan kerana membawa makna lain yang tidak baik.

SALAM atau ASSALAM bermakna sejahtera, maka dengan menaip seperti itu sudah memadai ketika ber message dengan rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja yang beragama Islam =)


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat =)


6 172 Love this entry

  1. Betul tu angah! Acik tak suka org bago salam Akom Akom camtu je. apapun thanks share

    ReplyDelete
  2. oohh..

    macam tu, mesti ramai yang tak tahu kan.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Ramai yang keliru dan ini menyebab perbuatan sia-sia jika salah..
    macam mana yang jawap salam tersebut...adakah cukup dengan menaip wsalam.

    ReplyDelete
  4. perkara macam ni la yang selalu kita terlupa dan terbawa-bawa, terima kasih dear untuk ingatan.

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com