Translate This Page

Jangan pergi Bohey Dulang, Sabah Kalau...

Saturday, February 27, 2016

Assalamualaikum...


Pasti ramai yang tak tahu apa itu Bohey Dulang. Dulang ke? Bohey dah macam nama orang Filipina la plak? Bohey Dulang adalah sebuah pulau yang tidak berapa dikenali di Sabah. Mungkin jadi makin terkenal lepas masuk blog ni? =p kehkeh *melampau plak kepoyoanku xD

Harap maaf, line 4G YES anda tiada coverage di sini T______T, nasib ada free wifi kat KLIA2 ni, kat Airport Tawau takde coverage 4G YES and tiada Free Wifi ye... 


Alhamdulillah yeay sampai sudah airport Tawau... Ayuh Najla dah tunggu nak sambut kitorang..wee~~




So, tengok sahaja pada tajuk dah menimbulkan tanda tanya kan? Saje je Shiqin Sunshine ni bikin kontroversi kan.. Sebenarnya nak cerita dengan korang, jangan pergi Bohey Dulang kalau:

- Badan tak sihat, nanti nak hiking tak larat nanti menangis la korang tengok orang bergambar kat puncak Bohey Dulang.

-Musim hujan memanjang sebab nanti menangis lagi sebab tak dapat naik Bohey Dulang. Time musim hujan para pelancong tidak dibenarkan mendaki Bukit di Bohey Dulang. Sebabnya bahayalah! 

Huhu, bagi yang memang kaki memanjat ni aku rasa tak ada masalah sangat bagi korang cuma nanti kalau korang boleh naik, orang lain tak boleh naik, apa plak kata diorang kan? Merengek budak2 and makcik2 kat situ kang.. haaa >.< Jangan tak percaya, ada makcik2 dan budak kecil yang turut sama join hiking 500++ ketinggian bukit tu...

-Parents korang tak bagi pergi. xD Tak baik melawan cakap ibu bapa tau? haha.. Apehal klise sangat ayat ni...Lolz

Okayh, sekian sahaja pendahuluan untuk kali ini... Sebelum saya berkongsi gambar-gambar sweet memories kami di sini, Saya nak share  total perbelanjaan 4 hari 3 malam di SABAH bha! Untuk transport kitorang dah jimat sebab membe kesayangan dari Sabah yang datang ambil kitak semua! Jadi anggaran kereta sewa tidak termasuk dalam ni...hehe

-Tiket Flight Return: RM 339/pax *boleh dapat murah lagi dalam RM 123 one way nasibla
-Penginapan di Semporna: RM 56/pax untuk 2D 2N
-Penginapan di Tawau: RM 18/pax untuk 2D 1N
-Pakej Bohey Dulang: RM 130/pax
-Tix Aerobus dari KL Sentral: RM 11 one way
-Tambang LRT RM 5.6 return 
*note: Kalau naik LRT time weekdays, make sure keluar awal pagi dalam jam 7 lebih sebab nak berebut tolak-tolak  penuh dengan orang pergi kerja. Make sure keluar awal 3 jam sebelum flight tiba kalau naik Aerobus/ Skybus yang direct ke KLIA2 terus
-Makan untuk 4D 3N: RM 120 and depends pada individu
-Jajan nak pergi picnic: RM 30
-Shopping/Entertainment: RM 150
-Minyak transport: RM 20/pax untuk 4D 3N

TOTAL : RM 800++/pax 



Jom usha gambaq dan video perjalanan kami ke Pulau2 plak! ^___^


Yeah siap sedia untuk ke Bohey Dulang! Nasib kami baik, sesampai sahaja di Bohey Dulang, hujan mula berhenti dan kami dibenarkan untuk mendaki hingga ke puncak! ~~

Cantik pulak port ni... Ni waktu dalam perjalanan menuju puncak Bohey Dulang..

Tadaaa, sampai sudah bha puncak nya (sekali sekala kasi chance sikit cakap sabah bha =p) So, mesti korang nak tahu package apa yang kitorang ambil dan perjalanan lengkap pacakage tersebut kan? So teruskan membaca blog ni sampai habis! Muahaha

Pulau Bajau Laut (Pulau Tatagan) Haa, kat sini jangan lupa BAWAK GULA-GULA, nanti korang menyesal tak sudah... ok hiperbola sangat ayat xD BAWAK banyak-banyak dalam setengah kilo okayh... bahahah.. Nak tahu sebab apa? Baca sampai habis =p



SURPRISE!! haa, terkejut den tau! Lahir 17 Feb *tahun dirahsiakan... Kitorang punya trip ni 18 feb sampai 21 Feb, and tarikh tu dipilih sebab kebetulan time tu memang free... So, depa ni pakat-pakat la buat surprise kan... Rasa serba salah plak dengan diorang ni... Huhu, banyak rintangan tau semata-mata nak beli kek cecomels ni... Thanx awak semua! #muahciked


Orite nak tahu apa lagi aktiviti yang kitorang buat? Of course la bergambar, shopping, makan, #throwback, karok xD


Lokasi berdekatan Dragon Inn, memang cantik! Tapi kamera kitorang tak sepower mata yang nampak... hahah, paham2 jela okayh =p 


Makanan macam mana? haa, jangan risau tanya je dekat agent yang kendalikan pakej korang.. Kitorang amik pakej dengan @mok_gagakhitam (instagram) contact je dia kalau nak tahu pakej apa yang ada okayh ;)

Menu yang korang patut cuba:
Nasi Lalap (Macam nasi ayam penyet) Rm 5.50 boleh dapat dah
Seafood haruslah kan di Restaurant Warisan dekat Semporna apa lah lupa namanya... xD
Sayap ayam (chicken wing) (Empire Food Court belakang KFC, Tawau)



Gambar lokasi waktu malam tak nampak sangat...kihkih...ni je gambar yang mampu...

Ni buah terap rupanya macam buah cempedak tapi senang nak kupas pakai tangan...buah ni takde kat semenanjung! Rasanya uniq bangat... Ada rasa macam susu sikit... Macam yogurt sikit manis-manis sikit entahla betul ke tidak description ni... Nak tahu kena rasa sendiri~


Bihun sup sedap, murtabak sedap.. Semua sedap! Muahha.. ke aku ni memang tolak batu kayu? o.O Nasib baik ada geng, Mira.. Muahahah

Antara tempat sarapan yang best jugak sebelum pergi bershopping!! dekat dengan Pasar Philippine tempat korang nak shopping mutiara bagai... 



Shopping time!! Kalau nak beli cenderahati, baju ke buah hati ke, ehhh, apa-apa lah, korang boleh singgah di pasar Filipin lah..


Kat sini boleh dapat RM 20 gelang mutiara cantik2 plak tu...hewhew, siap boleh request makcik tu buatkan lagi... Haa, mengada sangat, gelang banyak-banyak makcik tu tunjuk saje je nak request lain... Saje nak tengok makcik tu buat gelang macam mana... hewhew, Tapi yang ni dia buatkan gelang jed katanya saya request untuk mak.. Mak punya special sikit...haa gittew.. aku dengan adik yang biasa-biasa jela.. >.< gelang twin pandora gittew ..


Kat sini kalau nak beli kain batik indonesia pon ada dengan kain pelikat... range boleh dapat dalam RM 15++ macam tu la..hehe..

Kalau nak beli seafood murah-murah last day tu korang boleh singgah pasar tanjung tawau!


Ok, inilah tempat karok yang saya rasa unik!! Haha... yang ni dekat bandar Tawau berdekatan dengan kedai Vinci. Dia ala-ala islamik sikit.. Couple tak boleh masuk..

Mesti bertiga walaupun kau dah kawen.. Nak bawak anak-anak lagi takde masalah xD.. Harga berpatutan.. RM 68 untuk 3 jam/room bahagi dengan 5 orang... Oklah hehe siap dapat air Oren satu jug... Yang serve pon perempuan berhijab lagi...

Dalam dia memang smart la bertemakan kartun animasi hello kitty, superman dan lain2... Ok, bukan nak promote suruh korang datang tempat macam ni tau... Hahah nak berhibur tu tak salah janji jangan lagha sampai tinggal suruhan Allah.. #mohonjangankecamsaya



Aktiviti terakhir adalah berpicnic di Sungai Balung, bayaran RM 3.5, time pergi tu sunyi je tempat ni tak ramai orang.. Boleh la sini macam sungai biasa-biasa tu... lokasi kitorang pergi ni takde air terjun.. Mungkin kena naik atas lagi..huhu tapi sedapla letak badan dekat air sungai yang mengalir kat batu-batu tu sambil melihat pemandangan haa gittew.... 


 Yang menariknya, kat Sungai Balung ni design rumah di kawasan sekitar tu memang cantik! Rasa tenang je and masjid diorang pon unik! ~~



Ni lah kanak-kanak terlebih riang namanya xD Maaflah adik-adik ye kalau rasa kecomelan korang tergugat... Muahahah 

Ok, habis sudah....Time ni rasa sebak plak...hewhew, nasib baik pandai cover...eceyhh! Bye and thanx a lot Najla =') Nanti jumpa lagi... Oklah, tak nak lah sedih-sedih je kan... Jom tengok video khas buat korang semua! hehe Enjoy! 


Kena bawak gula-gula sebab adik-adik kita kat pulau tu suka makan =) hehe,.. bayangkan muka diorang happy je bila dapat gula-gula! Jangan lupa bawak roti! Hahah, yang ni untuk ikan... Time snorkeling tu bagi ikan makan nanti diorang tolong terapungkan korang dalam air ala-ala mermaid gitu haa... Ok tipu... xD





p/s: First time pergi snorkeling dan selesema plak time tu... Tahu kah anda snorkeling bernafas menggunakan mulut sahaja... Bayangkan selesema mestilah nak pakai hidung... huahua...

Tapi nasib baik tak teruk cuma cepat penat sikit time nak mendaki bukit and time nak swimming.. Saya lah paling terhegeh-hegeh sekali... kahkah maklumlah takpandai berenang >.< Nasib ada guide yang tolong kayuh...muahahah

Apa-apa pun thanx kawan-kawan banyak membantu, Mira sponsor luggage dan jadi camera lady+wazer, Fairuz tempat mengharap line untuk full coverage, Hanan jadi co-pilot, and Najla jadi pilot and guide sepanjang perjalanan! Thanx sangat2 ;')

Ok lah sekian sahaja perkongsian ke Bohey Dulang... Kalau nak pergi atau nak tahu lebih lanjut, tinggalkan komen okayh ;) kalau urgent silakan email kepada saya... Thanx for reading this entry!! Till then peeps! Chow~




5 172 Love this entry

  1. Replies
    1. Cantikk~~ hehe agent kitorng ckp ni je yg ad track utk hiking~~ so kena cuba!!

      Delete
    2. Cantikk~~ hehe agent kitorng ckp ni je yg ad track utk hiking~~ so kena cuba!!

      Delete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com