Translate This Page

Majlis Pelancaran Karnival Peaceyall, Game DAC (Dato' AC Mizal) PeaceYall & Komik Skoolastik!

Monday, February 22, 2016

Assalamualaikum and Hye!


Bersempena dengan Majlis Sidang Akhbar dan Majlis pelancaran Karnival Peaceyall, Komik Skoolastik dan permainan aplikasi DAC Peaceyall, beberapa pihak media (wartawan dan Blogger Malaysia) telah dijemput ke majlis tersebut pada 17 February 2016 yang lalu bertempat di Hotel Pullman, Putrajaya.







*Info berkenaan Radio dan Permainan Aplikasi Peaceyall:

-Radio Online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' AC Mizal

-Permainan Aplikasi "DAC PEACEYALL" cara baru berinteraksi Dato' AC Mizal bersama peminat dengan mendapat pesanan istimewa dari masa ke semasa.

-Bukan itu sahaja, kita boleh membeli minyak wangi keluaran DATO AC MIZAL yang tengah hangat di pasaran sekarang. "DAC PEACEYALL" ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store bermula sekarang.






UNTUK DOWNLOAD GAME DAC PEACEYALL: KLIK SINI. Pss, saya sendiri sudah cuba main game ni. Boleh buat addicted jadinya tau. hehe... Mencabar jugak game ni >.< Paling tinggi dapat 700++ haritu.







Berbalik semula kepada majlis sidang akhbar, Dato' AC Mizal, Datin Emylia Rosneida, VJ Peaceyall.FM dan Kartunis UBI adalah antara artis yang hadir pada hari tersebut. Macam biasa, kami semua terhibur dengan gurauan yang dipersembahkan secara spontan oleh Dato' AC Mizal dan team beliau yang sangat sporting! 



*Kartunis Ubi kembali dengan Komik Skoolastik!



Bagi peminat komik terutamanya komik "UJANG", pasti akan kenal dengan kartunis UBI ni. Komik "SKOOLASTIK" ini yang hanya berharga RM19.90 senaskah boleh dibeli secara ONLINE di www.kedai.kartunisubi.com atau semua cawangan kedai buku di seluruh Malaysia bermula 20 February 2016. Untuk maklumat lanjut juga boleh lawati sosial media beliau sendiri di Facebook Kartunis Ubin (KLIK SINI) atau Instagram @kartunisubi (KLIK SINI)..



*Dato' AC Mizal bawa lebih 150 usahawan jelajah Malaysia dalam Karnival Peaceyall.


-Satu karnival besar besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia yang dipancar dan dipertontonkan secara langsung (LIVE STREAMING) ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM!  

-Akan diadakan bermula di Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan diikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan terakhir di Kuala Lumpur.

-Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen berinteraksi dengan penonton setianya lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos yang lebih rendah tapi impak yang tinggi.




Dengan kerjasama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti:

-Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, 
-Permainan kanak-kanak, 
-Persembahan menarik dari VJ dan selebriti dan semestinya dari Dato AC Mizal sendiri. 


Jadi apa tunggu lagi? Kepada sesiapa yang berminat nak jadi usahawan bersama Karnival Peaceyall, boleh hubungi talian di +6011 2626 1656 (Daz) / +019-279 6275 (Lieza) atau email ke karnivalpeaceyal@gmail.com. Segala info boleh didapati di laman sosial Peaceyall.FM atau di OMGFEST2014.


Untuk DOWNLOAD: KLIK SINI






Antara para bloggers yang hadir

Terima kasih kepada pihak OMGFest Ventures, Peaceyall.FM, Kartunis Ubi serta Dato' AC Mizal & Datin Emylia Rosneida dan juga Hotel Pullman yang telah menaja lokasi sidang media pada hari tersebut. Tidak lupa juga kepada founder Hai Blogger iaitu Halim Brothers kerana menjayakan perjumpaan blogger dan artis pada kali ini! Lastly, tq Eina sudi tumpangkan saya! ;-* muahh








Sekian sahaja untuk kali ini ^_^ Jangan lupa ke Karnival Peaceyall nanti okayh! #omgfest2014 #peaceyallcarnival 2016, #skoolastik #dacpeaceyall #dataranayerkeroh #melaka #malaysianblogger #haiblogger #peaceyallblogger #omgblogger







4 172 Love this entry

  1. wahh meriahnyaa.. nanti nak download la apps tu :D

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa... Tapi tak dapat nak pergi karnival ni... ada program uiam kat Terengganu.. huaaaaaaaaaa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh takpe nnt p yg kat melaka nye lak hehe

      Delete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com