Translate This Page

Virus Zika: Sebab, Punca dan Langkah Pencegahan

Monday, February 01, 2016

ASSALAMUALAIKUM AND HYE!
Tahukah anda Virus Zika makin dipandang serius oleh seluruh dunia dan telah dikeluarkan amaran berjaga-jaga oleh WHO (World Health Organization)? Bagi sesiapa yang kurang tahu mengenai Virus Zika ini, harini saya dengan bermurah hati mahu berkongsi dengan anda semua. =p

APA ITU VIRUS ZIKA?
Virus Zika pada awalnya telah menjangkiti monyet-monyet di Zika, Uganda dan ianya telah lama menjangkiti manusia. Virus Zika sebenarnya sudah dikenali sejak tahun 1954 lagi setelah ianya menjangkiti salah seorang warga Nigeria melalui gigitan nyamuk Aedes.


Nyamuk Aedes Mempunyai badan dan kaki yang belang-belang

PUNCA DAN SEBAB PENULARAN
Pada tahun lepas sahaja Virus Zika telah merebak ke Africa dan kemudiannya merebak di Brazil dan yang terbaru ianya semakin merebak ke kebanyakan negara termasuklah negara-negara asia seperti Thailand dan Indonesia.





Virus Zika akan terus merebak dan ia akan menjadi sukar untuk menentukan bagaimana virus itu akan merebak dari masa ke masa. Baru-baru ini, bilangan kes Zika di kalangan  pelancong yang melawat atau kembali ke Amerika Syarikat mungkin akan meningkat.

GEJALA-GEJALA VIRUS ZIKA (SYMPTOMS)

Secara basic nya, gejala-gejala jangkitan virus zika lebih kurang seperti demam denggi cuma ianya tidak seperti demam denggi berdarah.
* Jatuh sakit (1 daripada 5 orang mengalami gejala ini)
* Demam,
* Ruam,
* Sakit sendi
* Konjunktivitis (mata merah)
* Sakit otot dan sakit kepala.
* Gejala yang berpanjangan selama beberapa hari hingga seminggu
* Virus Zika biasanya kekal di dalam darah orang yang dijangkiti selama beberapa hari tetapi ia boleh didapati lagi pada sesetengah orang.
* Kematian jarang berlaku
* Boleh menyebabkan risiko kecacatan otak kepada bayi dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir dengan masalah kepala kecil berbanding saiz normal atau microcephaly serta mengganggu perkembangan otak.



* Virus Zika boleh menyerang janin dalam kandungan ibu yang mengandung di awal trimester tetapi ia juga dikatakan memberi risiko jangkitan kepada ibu yang sudah memasuki trimester akhir kehamilan

LANGKAH PENCEGAHAN

* Tiada vaksin wujud untuk mencegah penyakit virus Zika (mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk penghasilan vaksin.
* Elakkan daripada gigitan nyamuk (lihat di bawah).
* Nyamuk yang menyebarkan virus Zika kebanyakannya menggigit semasa siang hari.
* Nyamuk yang menyebarkan virus Zika juga merebak denggi dan chikungunya virus.
*  Wanita hamil juga diminta mengelakkan daripada pergi ke 22 negara di benua Amerika   Latin iaitu Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean:  Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar   pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan

LANGKAH PENCEGAHAN TERPEINCI
* Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang .
* Tinggal di tempat-tempat dengan penghawa dingin atau tingkap/pintu yang ber”net”
* Tidur menggunakan net “anti-nyamuk”
* Gunakan spray penghalau nyamuk/serangga yang telah didaftarkan dengan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA)





Pastikan anda beli yang telah didaftarkan dengan EPA tau!





Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini =) Semoga ianya membantu... walaupun di          Malaysia tiada lagi kes yang dilaporkan, marilah bersama-sama mengambil langkah berjaga-jaga ye kawan-kawan. Mencegah kan lebih baik daripada mengubati. Tak gitu? hehe

SUMBER: www.cdc.gov (CENTER OF DISEASE CONTROL) and WHO




6 172 Love this entry

  1. semoga kita semua dilindungi daripada virus ini

    ReplyDelete
  2. bahaya sngat penyakit ni, semoga terlindung

    ReplyDelete
  3. thanks atas perkongsian. tak alert pula dengan virus zika ni.

    semakin hari, macam macam penyakit merbahaya wujud

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com