Translate This Page

Bayar Zakat Online dan Jangan Sebar Benda Tak Betol | Mesti Baca!

Thursday, June 23, 2016

Assalamualaikum...


Kali ni saya nak up story yang agak panas kerana rata-rata di luar sana sewenang-wenangnya SHARE dan LIKE post atau cerita yang tidak betul. Contoh rata-rata kita lihat di Facebook mahupun Whatsapp ramai yang SHARE cerita berkaitan anak yang sakit, keluarga yang susah dan memerlukan wang untuk pembedahan dan macam-macam lagi?

Tahukah anda kisah tersebut benar atau tidak? 

Adakah anda siasat dari mana sumber cerita dan kesahihan cerita tersebut?



Ramai Sebar Perkara Tidak Sahih

Ramai yang beranggapan " tak mengapa, kita niat nak sedekah, kalau dia tipu itu antara dia dengan Allah" Bagi saya perkara sebegini tidak perlu dipandang remeh sebabnya pernah kah anda terfikir duit sumbangan anda walaupun RM 1, jika satu Malaysia menderma, berapakah jumlah kutipan wang tersebut?

Apa yang mereka lakukan dengan wang tersebut? Pernah kah kita terfikir sumber wang tersebut mereka gunakan untuk membeli dadah? Membeli benda dan barang yang tidak berfaedah? Belanja ke Club atau guna wang tersebut buat perkara maksiat? Pernahkah kita terfikir semua perkara itu?

Semua ini tidak akan terjadi jika kita berpegang dengan konsep Tabayyun; Nak lebih faham jom tengok cerita pasal Tabayyun kat bawah ni :)




Tidak Puas Hati dengan pihak Pungutan Zakat dan Baitulmal

Contoh lain seperti ramai yang bersedih dan complaint prosedur penerimaan zakat dan ada juga yang marah upload di media sosial kerana tidak layak. Tahukah anda, prosedur ini bagi mengelakkan sebarang penipuan sebagai contoh anda sudah cukup mewah tetapi masih mahu memohon bantuan zakat.

Jika tiada dokumen yang sah dan prosedur yang betul, bagaimana pihak PPZ mahupun Baitulmal mahu siasat latar belakang bakal penerima ini samaada layak ataupun tidak? Pasti ramai yang menipu sekiranya tiada prosedur dan dokumen yang sah makanya mereka makan sumber yang haram hasil daripada penipuan tersebut, wallahualam.

Apa-apa pon mungkin ada hikmahnya sekiranya kita tidak layak. Bukan rezeki kita mungkin ;) Janganlah kita kufur nikmat mempersoalkan benda yang bukan hak kita, wallahualam.



Sanggup Menipu dan Makan Sumber Haram

Dari segi kelayakan pula, tidak perlu lah anda memandai sendiri mengatakan anda layak atau pun tidak! Kemampuan dari segi asnaf diukur mengikut kaedah yang telah ditetapkan had kifayahnya manakala pengukuran zakat pula berdasarkan nisab.

Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada dan rezeki itu ditentukan oleh Allah, jadi jika anda benar2 layak, adalah rezeki anda menerima zakat dan yang penting halal dan bukannya dari penipuan yang anda lakukan!

Benar atau Salah? Anda yang tentukan =)

Group Tidak Bertauliah Memandai Edar Zakat!

Baru-baru ini tercetus pula ISU KEMPEN AGIH ZAKAT SENDIRI. Tahukah anda institusi zakat menyimpan data-data siapa yang sudah menerima dan siapa yang belum. Sekiranya TERCETUS KEMPEN AGIH ZAKAT SENDIRI;

-Adakah anda yakin bahawa anda berlaku adil dengan semua asnaf? 
-Adakah mereka dapat yang sepatutnya atau terkurang? 
-Adakah anda yakin yang dapat tu sebenarnya layak manakala yang tidak dapat itu tidak layak?

Jadi, tunaikanlah zakat ke tempat yang betol dan diiktiraf =)

Info Zakat?
Pasti ramai di luar sana masih tertanya-tanya bagaimana cara mudah nak bayar zakat bukan? Pasti anda juga masih tertanya-tanya kenapa perlu bayar zakat dan jenis zakat apa yang perlu anda bayar kan?

Jadi harini saya just nak share kan kepada anda semua info berkenaan zakat dan cara bayar zakat atas talian atau online!



Tanpa perlu membuang masa, saya ringkaskan entry ini dengan perkongsian link yang dikongsi oleh pusat pungutan zakat dan rakan blogger di AKHIR ENTRY ini ;) InshaAllah info mereka padat dan boleh dipercayai.


Ok, kenapa perlu bayar zakat? Sudah tentunya kita orang Islam diwajibkan ke atas kita membayar zakat bagi yang berkemampuan berdasarkan surah al-Baqarah ayat 83. 

Syarat wajib zakat:
- Islam
-Merdeka
-Milik Sempurna
-Cukup Nisab
-Cukup Haul
-Niat untuk Berniaga (zakat perniagaan sahaja)

Jenis Zakat:
-Zakat Pendapatan
-Zakat Perniagaan
-Zakat Wang Simpanan
-Zakat Saham
-Zakat KWSP
-Zakat Emas
-Zakat Perak
-Zakat Pertanian
-Zakat Ternakan

Demikianlah sedikit perkongsian berkenaan zakat ;)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK LINK DI BAWAH:

-Info Zakat (Syarat Wajib dan Kaedah Kiraan Jenis Zakat)
-Kaunter Zakat 
-FB: www.facebook.com/myzakat
-YouTube.com/ppztv
-Cara Bayar Zakat Online 

Sekian perkongsian ikhlas daripada saya ;) harap info ini membantu anda semua, inshaAllah. Ingat! Cek dulu sebelum share!! Sahkan dengan pihak yang sepatutnya, jangan dengar satu pihak je okayh!

Jika anda suka artikel ini, sila tekan button share kat bawah ni, sebrakan kebenaran, inshaAllah... ^______^

10 172 Love this entry

  1. Alhamdulillah ena pun dah selesai bayar zakat. Sekarang ni memang betul kena hati2, banyak penipuan yang dikaburi... Haishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm yang tak betul tu lah orng duk laju je sebar sbb nak publisiti hurmm

      Delete
  2. tu la, tiba je bulan puasa dan nak dekat raya, mesti muncul isu berkaitan zakat..ada je yg tak puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la nak bagi zakat sendiri tanpa melalui amil..hurmm kalaulah diorng tahu hal yang sebenarnya...

      Delete
  3. Yes..semak sebelum sebar dan berzakat membawa berkat. Berzakat lah dengan agensi yang bertauliah kan...

    ReplyDelete
  4. Tiap bulan pun bayar zakat pendapatan online ja,mudah dan pantas,tunggu pihak zakat bagi resit ja

    ReplyDelete
  5. Perkongsian buat peringatan semua... lebih baik siasat dulu sblum sebarkan. Kalau nak bantu baiklah ikut platfom yg sah... tu mmg yg lebih baik kan...

    ReplyDelete
  6. terima kasih sharing.info bermakna

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com