Translate This Page

Final Year Project UiTM Puncak Alam (Environmental Health & Safety Students)

Saturday, June 18, 2016

Assalamualaikum..

Maka berakhir sudah viva through poster presentation!! #roadtograduation inshaAllah ;) Tahniah kawan2 dan Jazakallah semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya dan rakan-rakan menyiapkan FYP a.k.a Projek Tahun Akhir! So, jemputlah baca perjalanan aku menyiapkan projek yang tak seberapa ni >.< kui3 typical words nak show off.. #lolz amekaw berapa words tah entry ni! xD



Permulaan memulakan projek tahun akhir

Mula mencari idea pertengahan semester 5 or seawal Semester 6  tak silap aku, setelah digertak disarankan oleh para lecturer yang sangat concern dengan students nya dan alhamdulillah tajuk dalam otak ni tak bertukar sehinggalah projek djalankan.

Tajuk projek aku ialah “eyh macam korang kisah dengan tajuk aku?” tapi nak bagitau jugak “Whole body vibration assessment as a risk factor of Lower Back Pain".

Dalam BAHASA JAWAnya siapa yang selalu terdedah dengan gegaran seluruh badan boleh menyebabkan sakit belakang dan lain2 effects yang korang sendiri tak sangka…. Macam pandangan kabur, hypertension leads to heart disease, hemorrhoids, dan macam2 lagi..

Macam mana idea tercetus?

Sejujurnya, ada few lecturers yang sarankan buat pasal gegaran dari semester 5 tak silap aku, Ir Nimi dan Dr Subramaniam. Sebabnya, beli alat mahal-mahal takde student nak pakai buat apa? Hahah aku ingat lagi ayat dia ni!

Sampai lah semester 6 lepas taklimat FYP, aku tetap dengan keputusan aku nak buat pasal vibration. Alat tu ada satu je, so dengan pantas aku terus proposed tajuk pasal vibration so that aku boleh guna alat tu like a boss takde siapa nak rebut dengan kau. xD  

Ni lah alat tu, accelerometer nama diberi >.<

Tapi, bila sampai je panel tanya aku, kenapa nak buat study pasal ni? Of course la sebab kat Malaysia kurang study pasal ni. xD Overseas dah berlambak study pasal ni even India dan China pon buat kot. So far, kat Malaysia takde lagi published article pasal ni. Yang aku tahu, study dekat driver trains ade untuk kat Malaysia ni.

Lagi satu kenapa aku pilih tajuk ni sebab aku tak suka benda yang melibatkan lab, aku suka adventurous and outdoors. Bab2 lab ni aku tak minat... kehkeh 

Perjalanan menyiapkan projek dan writing?

Sebenarnya, orang yang lalui tu pasti merasa kesusahan menyiapkan projek lagi2 bab data collection and writing. Depends pada tajuk dan METHOD korang nak jalankan projek. Kos macam aku kena minimum 10k words untuk writing.

Bab method ni sangat penting! Method kena based on standard and yang validated punya based on previous studies! Lepas tu apa yang ada dalam objectives kena paparkan dalam results ye adik2!



Lagi satu format macam wording, size font, margin semualah please double check awal2 dengan korang punya supervisor and person in charge. Nanti bila setting dah set awal2 senang! Macam aku, dah almost 100% nak siap final draft then kena alter balik sebab certain format salah.. huaaa padan dengan muka aku...



Btw, tu sedikit tips untuk writng. Untuk data collection plak, sepanjang aku nak collect data tu, alhamdulillah ramai yang membantu terutama Siti Raudah and family members. Ini pon suggestion dari SV aku Sir Razi sebab nak tunggu company lain approve agak lambat…

So dia cadangkan untuk back up idea ni…huhu… Dah nama pon supervisor, banyak lah yang dia supervise aku dan anak2 buah yang lain di samping melayan karenah anak2 buahnya ni...hewhew tq sir!!

It's ok if you fail, but never give up!

Apa-apa pon, aku rasa aku banyak menyusahkan Raudah dari mula nak propose tempat untuk ambil data sampailah habis aku punya data collection. T____T inilah kawan yang sebenarnya bila susah dia ada untuk bantu kau even kau tak berapa rapat sangat pon. Tapi sejak daripada tu kitorang jadi rapat ;’).


Untuk writing plak memang kalau boleh nangis, aku nak je nangis sebab untuk cukupkan 10k words without copy and paste!! Sebab tu aku rela tulis blog dari write thesis sebab blog just mention nama sumber and edit sikit2 T____T.

Aku pasti ramai ada masalah yang sama dengan aku.. Dari nak siapkan first draft sampailah final draft memang berdenyut rasa kepala ni…hahah! Tambah plak tengah kerja time tu, sebab clash dengan Internship… Btw, siapa yang tak baca lagi silalah baca  >>> Industrial Attachment at Pharmaniaga Bukit Raja

Cabaran dan Tips sepanjang menyiapkan projek

Firstly, bagi aku DUIT memang pentinglah kan. Jadi adik2, akak Shiqin kau ni sarankan better simpanlah duit tak banyak sikit pon jadilah so that korang tak menyusahkan mak ayah korang sangat. Lainlah kalau parents korang memang cop duit mampu! =p



Macam aku sendiri, nampak je macam aku enjoy beli itu ini (sebab orang cakap macam tu, so aku mention lah kat sini, =p), tapi pada yang tak tahu, duit simpanan dengan duit aku enjoy aku asingkan dan most of the time aku keluar pergi event bagai tu orang sponsor, alhamdulillah part time blogger and buat online bisnes ;)

But still parents aku banyak support jugak! hewhew~ Duit simpanan korang tu berguna untuk:
-duit penginapan
-duit makan
-duit nak beli barang buat projek
-duit nak print itu ini (so nanti dapat je baucer buku, belilah ink printer dan kertas 80 gsm banyak2 ye xD! Sebab memang berguna!)



Tapi moment yang paling tak boleh lupa, time data collection kitorang kena kejar anjing weyh! Walaupun ni bukan first time kena kejar anjing, tapi korang bayangkan deret2 padi tu nak lalu punyalah kecik, bukan main road macam gambaq atas ni, pastu bawak motor plak time data collection tu, tak ke tertunggang terbalik jadinya?

Nasib baik tak masuk parit weyh! Muahahah! Aku and Raudah memang rempit ke sana ke mari sebab sample kitorang kat kawasan padi xD Jadilah aku merasa jadi petani kan…

Safety First!! Panaih berdebu berhabuk baq hang!

Yang lain cabaran aku ialah, time nak paraphrase semua ayat, aku terlupa nak highlight mana yang dah paraphrase and mana yang belum. Makanya berhuhu lah aku paraphrase balik semua sekali bila dah lama tak bukak draft.

Lagi satu time statistic, mana lah aku ingat nak run SPSS balik, belajar subjek tu sem 5 memang tak ingat la jawabnya selepas setahun... owh I am sorry lecturer... My bad T_T



Sebab benda tu teknikal, kalau tak buat selalu memang lupa... Macam korang nak belajar Excel dulu2... Kalau belajar dalam masa 3 bulan lepas tu tinggal alamatnya bye2 lah... Jadinya GOOGLE lah jawapannya...

So, cara nak interpret semua aku refer sini untuk correlation lah... Step by step tutorials SINI huahua Chi Square, ANOVA, T-test semua ada dalam tu ^______^

Next cabaran, time nak interview respondents, macam macam lah kerenah yang akan korang jumpa, jadi nya layan kan jelah janji korang dapat apa yang korang perlu untuk study korang kan.

That’s the real world is all about. Berjumpa dengan macam-macam kerenah manusia but things run smoothly if you can handle it better ;)

Last skali nak buat poster, nasib baiklah SV rajin nak komen poster aku sebelum aku print. Btw, panels siap tanya aku format poster apa awak guna ni? Aku pon dah cuak, dalam hati, mesti panel nak cakap poster aku tak ok ni kan.

Aku jawab lah ni aku susun sendiri kang cakap lecturer yang bagi kang, tak pasal2 jadi lain. Tapi tak sangka plak dia cakap ok lah, kemas dia cakap. Cuma contain bahagian result je kena alter sikit.

Viva through Poster Presentation

Ok, last chapter untuk perjalanan final year project! Muahahah kemain kau ber chapter bagai. Almaklumlah baru siap write thesis kennn… So, yang ni aku tak nak komen panjang, tengok gambar and video jelah ye~ 




Tapi, kepada sesiapa yang duduk Puncak Alam kalau nak print poster boleh lah ke Fasa 2 sebelah speedmart, dan fasa 3 Kedai PrintHouse tak silap aku nama dia…

Yang fasa 2 ni boleh siap on the spot! Yang kat fasa 3 ni 2-3 hari jugak lah ambil masa.. hehe, tolong promote sebab depa kasi diskaun! #lolz



Lecturer yang in charge FYP ni Dr. Nazri. Aku rasa most of the time Dr Nazri suka guna reverse psychology maka nya ramailah tersaiko dengan beliau. hahah!

Maka kelam kabutlah masing2 siapkan project ikut fasa2 yang dia tetapkan. Maka berjayalah semua students siapkan projek Tahun Akhir ^___^... 

Thanx a lot Dr Nazri and team sebab banyak membantu walaupun stress kekadang tapi last2 tu rasa diri ini worth it! Tak lupa jugak semua lecturers, staf UiTM (En Syamsul, En Deli and Kak Nida) lab staff (En Am, Puan Marziah and En Syah).

Special thanx to my LOVELY parents, friends and my superb Supervisor, Mr Razi Ikhwan!



Bila dah rasa kejayaan tu baru lah best time teringat balik rintangan, kepayahan, keringat nak buat projek ni...Bukannya semudah makan ayam kepci! hohoo!

Adalah sikit moment aku nak cerita kat cucu cicit aku nanti...wakaka! Eyh terpanjang jugak chapter ni... Ok lah jom zass video!



Nota Kaki: Apa-apa pon sebelum nak mula, berdoalah sentiasa supaya dipermudahkan urusan, jangan lupa minta restu mak ayah semua... ;') apa-apa pon kita dah usaha kan, tawakal je lah ye!

Maaf atas kekurangan dalam penulisan kali ini..Till then peeps! =) Selamat menjalani ibadah puasa semua!!

Thanx for Reading This Entry!!

^____________^

1 172 Love this entry

  1. Hai saya nak tanya mengenai field eh yg boleh dibuat fyp.. Email di izaarina56@gmail.com

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com