Translate This Page

Corporate Social Responsibility (CSR) Asianic With Reen Rahim

Saturday, August 06, 2016

Assalamualaikum...


Alhamdulillah pada 4 August 2016 yang lepas saya berkesempatan untuk melawat dan melihat sendiri adik-adik kita yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di sekitar area Chow Kit.

KENAPA SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH?

Untuk pengetahuan korang, sekolah ini disediakan oleh kerajaan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun sehingga 19 tahun. Sekolah ini terpilih bagi kami membuat lawatan bersama artis terkenal Malaysia iaitu Reen Rahim kerana:

1. Sekolah ini menempatkan pelajar-pelajar yang tercicir dari sistem persekolahan harian akibat kemiskinan.

2. Kanak-kanak Yatim Piatu 

3. Kanak kanak yang menghadapi masalah sosial tidak sihat atau mangsa gejala sosial.

Di sini, inshaAllah nasib mereka lebih terbela dan dididik menjadi manusia yang berguna pada bangsa, agama mahupun negara kelak ;')



PERASAAN MELIHAT ADIK-ADIK DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH

Apa yang terlintas di fikiran sebelum menjejak kan kaki ke sekolah tu tak sama seperti yang kelihatan.

Apa yang terbayang di fikiran ialah mereka adalah anak-anak yang terbiar dan tidak mahu belajar serta tidak mahu menurut arahan orang tua mahupun guru-guru namun saya salah.

Ternyata apabila sampai sahaja di sekolah tu, mereka agak riang dan mesra untuk bergaul cuma agak pemalu skit.

Masing-masing mempunyai bakat tersendiri dan di sini nasib mereka lebih terbela kerana jadual lebih teratur dan guru yang tegas bagi melatih mereka.

Saya berasa kagum kerana mereka menurut apa sahaja yang diarahkan guru mereka tidak kira lah umur belasan tahun sekalipun. 

Saya yakin suatu hari nanti mereka akan bergelar seseorang yang berjaya inshaAllah ;')

Jadi, kita yang masih ada ibu bapa dan masih ada keluarga untuk membantu kita ni, bersyukurlah dan hargailah apa yang ada sebaiknya okayh!! 

JOM ZASS VIDEO DI SEKOLAH BIMBIMNGAN KASIH

Sebelum tu, terima kasih yang turut memberi peluang kepada saya dan rakan blogger yang lain menyertai program charity seperti ini especially Puan Leny Adam and team Asianic!! Thanx Dillasygs dan Halim Brothers for this opportunity!


Asianic adalah jenama produk halal keluaran Wonderland Primary Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat pemasaran barangan penjagaan diri dan kesihatan diri serta kelengkapan peribadi.

Asianic adalah produk Halal yang dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil halal dan GMP!

Produk Asianic adalah mampu milik bermula dari RM 10.90- RM 17.90 yang boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, pharmacy dan kedai runcit seluruh Malaysia!!

Saya suka sabun beras wangi sangat!! Saya sudah mencubanya! Anda bila lagi? hehe


JANGAN LUPA DAPATKAN SEKARANG TAU! 

Bagi mendapatkan produk Asianic, anda bolehlah rujuk details di bawah, okayh ;)

WEBSITE:       www.wonderlanprimary.com
                           Aladdin Street.com
FACEBOOK:   Asianichalal
INSTAGRAM: Asianichalal
ADDRESS:       No 17, Jln PJS 5/26, Taman Desaria, 46000 Petaling Jaya
CONTACT:      +603 7782 6308


1 172 Love this entry

  1. Syukur sangat ada sekolah sebegini untuk mereka kan?? Harap banyak lagi sekolah mcm ni dan program sebegini diadakan

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com