Translate This Page

SIDANG MEDIA | Filem Misi Operasi X arahan Dato Zulkeflie M Osman

Tuesday, August 09, 2016

Assalamualaikum...


Pada 6 Ogos 2016 yang lalu, pihak media antaranya media blogger telah dijemput dalam Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Filem Misi Operasi X atau dikenali sebagai Filem M.O.X. 

Filem ini dilancarkan oleh Wallworld Pictures Sdn Bhd dan mendapat kerjasama daripada Kementerian Sains & Teknologi dan Innovasi (MOSTI) di bawah naungan Datuk Dr Abu Bakar Bin Muhamad Diah, selaku Timbalan Menteri MOSTI 


Filem arahan Dato Zulkeflie M Osman ini adalah filem bercorak Aksi dan Sains selaras dengan usaha kerajaan memupuk budaya Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dalam kalangan masyarakat. 

Menurut Dato Zul, objektif utama filem ini adalah bertujuan mewujudkan kesedaran dalam diri penonton berkenaan perubahan yang berlaku pada alam ini dan menggalakkan para penonton berfikir apakah punca dan sebab berlakunya segala bencana di dunia ini. Menarik bukan? 


Sejajar dengan tujuan tersebut, seorang ejen rahsia persekutuan, Don Pedro yang dibintangi oleh Ebi Kornelis (AF5) memikul tanggungjawab bagi menjalankan misi mencari dan menghapuskan dalang di sebalik berlakunya ancaman dan keselamatan negara mahupun dunia! Wahh dah macam filem bertaraf Hollywood bukan?

Selain berbakti kepada negara, Don Pedro juga terpaksa mempertahankan kekasih hatinya, Fifi dan dalam masa yang sama Don Pedro diburu oleh kumpulan-kumpulan jahat yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram. 

Namun berjaya kah Don Pedro? Dan siapa pula Zeera yang turut sama terlibat dalam misi berbahaya Don Pedro? Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti okayh!! Sebelum tu, jom kita tengok teaser sikit, hehe... 

VIDEO

Antara rakan blogger yang hadir!

Sekian perkongsian untuk kali ini! Till then peeps!!

8 172 Love this entry

  1. Mesti best filem ni.. nak kena menonton ni nanti. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. Dia dah jadi dato rupanya..baru tahu..

    ReplyDelete
  3. kena tgk baru best.. baca sinopsis pun x berapa clear nak bayangkan.. tapi cerita baru banyak mcm ni.. mesti ada action cinta akhirnya kawin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la nantikan kak!! Tapi dia mnggalakkan penonton berfikir dan ade unsur sains skit...hehe tapi xdela berat sangat kena fikir macam buat add math huhu

      Delete
  4. Nanti nak tengok la filem ni.. macam best jee

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com