Translate This Page

Tips Aku Lulus Temuduga Kerja

Sunday, August 07, 2016

Assalamualaikum...

Hari ni kita layan cerita santai "Shiqin pergi interview untuk dapat kerja" ye... Dalam entry ni aku akan share serba sedikit tips untuk pergi interview dan jugak soalan dan jawapan dalam temuduga haritu, ok ;)

Pss, entry ni memang panjang, tapi terserah masing-masing samaada nak terus membaca atau tidak...



Btw, beberapa minggu lepas pergi temuduga tu kitorang kena attend finishing school #roadtograduation; how to prepare resume and tips for interview!

Seriously aku cakap hampir 95% sama dengan apa yang akan aku share nanti!!
Aku share bukan bermaksud nak cakap aku ni bagus ke ape, segala yang aku share dalam blog ni sebenarnya untuk rujukan aku jugak untuk masa hadapan....

Gambar Hiasan

Contoh aku lupa cara nak download video instagram, aku google la shiqin cara download video instagram... haa keluar lah entry yang aku post dulu2... kehkeh lari topik plak kan...

Entry ni pon tak bermaksud nak jamin korang akan dapat kerja walaupun korang follow satu persatu tips aku... Depends pada rezeki masing2 okayh... ;)
So, berbalik kepada topik kita tadi kan, aku harap penulisan aku ini membantu korang serba sedikit TIME INTERVIEW UNTUK DAPAT KERJA;

PERSEDIAAN SEBELUM PERGI INTERVIEW

1. Sediakan dokumen-dokumen penting dan susun secara teratur dalam file (salinan IC, sijil pendidikan, salinan sijil-sijil, resume atau CV)

-Macam aku, aku dah susun siap-siap sijil semua ikut tahun so that nanti senang majikan nak go through mana-mana sijil yang berkaitan. CV and resume aku letak last sekali

Gambar hiasan

2. Pakai pakaian yang sesuai 

-Macam aku haritu interview untuk post executive, so haruslah berpakaian formal dengan blazer skali, hehe barulah nampak confident sikit walaupun dalam hati nervous baq hang xD


Gambar Hiasan

3. Baca serba sedikit background company dan function untuk post yang korang apply

-Yang ni aku kira penting sebab majikan mesti akan tanya soalan "apa yang anda tahu tentang syarikat ni?" , " apakah tugas untuk post yang anda pohon?" tu aku kira soalan paling basic untuk interview. Aku dah pernah praktikal kat company ni so aku tahu serba sedikit business apa yang company tu buat.

Tapi, seriously aku tak terfikir nak baca pasal post Admin Executive and related department yang aku apply tu. Aku ni kira macam apa nak jadi, jadilah tapi kemain mengharap sangat dapat kerja. Jangan tiru aksi ini xD

Nasib baik aku sembang2 la dengan bos aku dulu2 sementara tunggu interview. Mula2 sembang2 biasa lah kan pasal study aku semua. 

Lepas tu dia tanya aku, "awak ni tahu ke tugas2 kat admin nanti" ahh sudah, last2 bos aku bagitau semua.

4. Berdoa dan bertawakal

-Korang dah usaha kan, so berdoalah dan bertawakal. Sebenarnya doa tu dari mula2 lagi supaya decision yang korang buat tu Allah bantu supaya ianya terbaik untuk korang.



Kebetulan time interview tu aku kena bulan Ramadhan, so tak putus2 lah aku berdoa so that waktu interview tu aku tenang jawab semua soalan panel dan alhamdulillah semua nya berjalan lancar. 


SOALAN DAN JAWAPAN INTERVIEW

Sebenarnya, ini kali ke berapa aku tak ingat aku pergi interview untuk kerja. Cuma bezanya, ini kali pertama aku attend interview untuk kerja tetap.

Sebelum ni aku dah pernah pergi interview untuk kerja part time, kerja untuk apply tempat praktikal macam tu jelah... 


Kerja part time pon dekat fast food restaurant soalan yang selalunya ditanya:

- Introduce yourself
- Boleh kerja sampai lewat malam?
- Ada transport?
- Position apa yang dipohon?
- Pengalaman kerja?

Yang ni soalan basic time aku apply untuk kerja part time since aku habis SPM je aku terus apply first kat Pizza Hut, then Sushi King and last Nandos. Haaa, untuk Sushi King and Nandos ni ada soalan tambahan "Kenapa tak terus kerja kat tempat lama?" 

Ini jawapan aku, " Since I am still new in this industry, I want to learn something new in terms of management system, culture and other things. I want to gain more experience and I believe different company have their own secret recipe or culture on how to manage the company well." Ok, macam tu lah lebih kurang.

Gambar Hiasan

Kalau korang nak tahu, semua fast food restaurants ni sebelah2 je, so selalu lah jugak terserempak dengan manager lama kan, siap tanya aku "eyh, kenapa kau tak kerja sini?" hahah

Kitorang staff dengan manager macam kawan2 lah. Takde nak protokol2 sangat kecuali time tengah serius jelah xD So, aku jawablah saje nak tukar taste haaha... Pastu kitorang gelak2 lah.. 

Ok, dah lari sikit tajuk aku ni haaa, maaflah xD so macam mana plak interview dekat company baru ni kan? Jom tengok soalan dan jawapan aku...

Mula-mula macam biasa dia suruh introduce yourself... Mula-mula aku cakap BM sekali panel minta aku explain dalam English.

Ok, aku just try jelah kan cuma aku tak berapa nak prepare apa benda nak introduce ni?? Pasal family ke? pasal aku buat apa sekarang ke? Jangan tiru aksi ini!

Then, diorang tanya macam soalan kat atas tu, pasal background company, transport, semualah. 
To make it short and simple, ini jawapan aku;

1.  Assalamualaikum, my name is ____ Currently, I'm a final year student in Environmental Health and Safety in UiTM Puncak Alam. Previously I pursued my study in Diploma Pharmacy. 

Even though I'm applying for Admin Exec which is different from my course, I think this is something new and different for me. I could gain more experiences and develop my skill on that and I'm a fast learner too.

Lebih kurang macam tu lah ayat yang terkeluar daripada otak ni. Aku ingat nak sambunglah explain pasal aku duduk mana semua sekali panel dah tanya;

2. Why don't you continue your study in Pharmacy? Don't you think that being a pharmacist could give you more benefits and better future? 

Memang daripada mula aku masuk situ, ramai yang tanya kenapa tak sambung farmasi since company tu memang supply ubat kat hopsital dan klinik... maka aku redha dan pasrah jawab "takde rezeki" kalau nak tahu sebabnya BACA SINI... Jawapan yang aku jawab untuk soalan num 2 tu pon ada dalam entry tu...

3. You have Degree in Envi, Health and Safety and you are applying for the post unrelated to your course, so how long will you staying with us since we have to consider our time and money sending you for training and other things? 

Untuk jawapan ni, aku tak terfikir pon tau, tapi tiba2 on the spot terkeluar " I promise that I will stay for at least 3 years for this post, then after 3 years I will discuss with the management and will decide later" Lepas cakap tu je, dalam hati aku terus, owhh man kau buat apa ni shiqin?? Siap berjanji bagai? 

Tapi, jawapan tu seriously mula-mula buat aku terkejut... Lepas tu bila diorang tengok aku jawab dengan confident, diorang senyum jelah...

But why not kan?  mana-mana vacancy nak apply pon experience mestilah min 3 years. Lepas tu aku fikir balik, ok lah mungkin itu yang terbaik untuk aku. And aku tak tahu kenapa jawapan tu yang terkeluar dari mulut aku tanpa berfikir walaupun beberapa saat. 

Lepastu panel pon cakap ok then sambil senyum...Lepas tu diorang cakap "Shiqin you don't have to worry much, sebab even you are in Admin Department, you will also learn about safety here because almost everything in this company related to Admin, and more about safety you will learn later since we involve in building renovation and bla bla bla...." 

Actually, bos dulu dia dan beberapa staff Safety jugaklah yang tolong recommend aku masuk Admin ni sebab memang nak pakai orang... 

4. If  you are being selected for this position, what will be your contribution to this company? *soalan ni ditanya lebih kurang dua kali jugaklah, so aku jawab terus...

Firstly, since this department involve in building maintenance, maybe I would share my advice on related laws and regulations regarding to safety because 

I am quite familiar with OSHA and related laws and regulations. Next, since my house is just nearby, maybe I can contribute myself in term of standby mode whenever there's an emergency case, I'm prepared for that.

5. FYI, we always work in team. So team work is very important for us. So, what is your solution if there's problem among team members? How would you solve that?

6. How would you warn or advise your leader if he/she made some mistakes? Who will you make a report?

7. What is/are your hobby(s)? 

8. How will you handle a complaint? Are you being prepared for any kind of complaints or insults from people?

9. Sembang2 pasal personal details, diorang tanya pasal ada penyakit ke? pasal experience kerja dulu2 sikit camtulah...


Btw, untuk soalan 5-8 kalau nak tahu jawapan boleh email aku okayh ;) Sebab dah panjang sangat entry ni... hewhew

Then, dia tanya expected salary and akan inform balik whether kau diterima atau tak. Diorang inform akan contact lagi dua minggu untuk bagi jawapan... 

Aku pon dengan pasrah dan redha *dalam hati masih mengharap sangat diterima.... Last sekali aku ucap terima kasih dan sedia untuk pulang... Lepas aku keluar je dari bilik interview, yang panel-panel tadi sambung discussion.


Beberapa minit lepas tu aku dapat berita yang aku diterima dan boleh masuk kerja tengah bulan August ni =') ya Allah, gembira sangat rasanya..

Barulah tenang sikit rasa tak perlu tunggu dua minggu lagi... Aku memang nak sangat kerja so that aku boleh balas jasa2 orang yang banyak tolong aku selama ni especially parents and family... 

Btw, thanks sangat2 kat Kak Noro and Diyanah sebab banyak bantu aku dari aku mula praktikal sampailah nak masuk kerja ni pon =')

We still keep in touch no matter what.... Thanks jugak En Rizal sebab beri kepercayaan dekat aku untuk apply position ni...

Pesanan aku yang terakhir, kalau korang tak mampu buat cara tak mampu, tak baik menipu! Hehe, jawablah dengan jujur dan ikhlas ok ;) inshaAllah, Allah akan bantu! =) Apa2 pon be prepared...



Almost all employers are looking for K.A.P which are knowledge, attitude and your practices! No matter what, just stay calm and think wisely before you make up something ;)

Btw, Untuk Tips yang lebih Power! Korang boleh refer dua link kat bawah ni ok!

1. Cara Menjawab Soalan Panel
2. Sebab kenapa tidak di "hired"?

[Updated on 4/9/2016] Make sure korang prepare depan cermin speak English! And prepare siap2 apa nak jawab! Baru2 ni saya sudah terlibat dalam menemuduga candidates.

Tapi, tak ramai yang fluent english nya.. Huhu... And jawapan kurang memuaskan! Kalau boleh bagi jawapan dengan contoh penglibatan korang yang berkaitan...

Contoh, saya adalah seorang yang boleh kerja under pressure, time belajar dulu dalam apa2 program saya boleh submit assignment dalam masa yang ditetapkan bla bla bla...

Kalau korang cerita experience kat tempat kerja lagi lah bagus! Aku bagitau ni sebab dia ada dalam borang pemarkahan... Tapi depends on company lah kan... Hope this is helpful! Btw, always be prepared okayh! ;)

Ok lah.. till then peeps! Selamat Pergi Temuduga!! 

2 172 Love this entry

  1. Alhamdulillah tahniah... salam sukses dan semoga terus berjaya dgn cemerlang... aamiin. All the best!! :)

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com