Translate This Page

Cara Memohon/Dapatkan Pengecualian Bayaran PTPTN

Tuesday, November 29, 2016

Assalamualaikum...


Kali ini aku dengan bermurah hatinya nak kongsikan cara untuk dapatkan pengecualian PTPTN. Tapi yang ni aku buat khas untuk pelajar UiTM sebab aku pon dari UiTM Dihatiku kan...hehe...

Untuk pelajar IPTS dan IPTA yang lain aku rasa lebih kurang je caranya cuma yang membezakan untuk IPTS ada penambahan dokumen dan IPTA pula requirement untuk dapatkan pengecualian tu lain daripada UiTM.


Untuk pelajar tajaan JPA main jauh2... muahahah... Siapa yang dapat JPA mohon baca yang ni >>> Adakah gara-gara JPA?

CARA NAK APPLY PENGECUALIAN BAYARAN PTPTN

Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN bagi menikmati insentif ini dalam tempoh 12 bulan (1 tahun) daripada tarikh konvokesyen. Dokumen yang perlu disertakan ialah:

  • Borang Akuan Pelajar bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman yang telah lengkap diisi. KLIK SINI
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang disahkan. (Aku dah confirmkan dengan HEA dan Bahagian Konvokesyen UiTM. Selagi tak graduate/ konvo, kita tak dapat Salinan asal yang ada menyatakan KELAS PERTAMA WALAUPUN KITA DAH BELI FINAL TRANSKRIP).
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  •  Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

Nota:

·        Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam.
·         Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan


Makanya, siapa yang belum konvo lagi macam aku ni, habis belajar bulan Julai tahun ni, konvo tahun depan inshaAllah bulan April 2017, tunggu jelah ye... Tak perlu risau pon.. Aku risau sebab aku takut kena blacklist sebab dah bekerja kan...

Menurut orang PTPTN tu kita boleh start bayar enam bulan selepas konvo  dan lepas daripada tu akan ada tunggakan sampailah kena blacklist. Dan siapa yang dapat first class boleh apply dalam masa 12 bulan selepas konvo ye. 


Kalau nak tahu first class ke tak, boleh call HEA UiTM dan bagi nombor pelajar. hehe Sebab selagi belum konvo tak tahu dapat first class ke tak kan hehe... Buat masa ni, CGPA 3.5 dan ke atas adalah First Class bagi UiTM... 

So, all the best and tahniah bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama!! Diploma tak boleh apply ye walaupun dapat Kelas Pertama...ehehe



CONTOH SURAT DARI PTPTN ANDA BERJAYA DAPAT PENGECUALIAN



Sekian... silakan share...Jangan kedekut =p


4 172 Love this entry

  1. nak taknak kena bayar juga..hehe..bgus sharing

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH DAPAT PENGECUALIAN. ALL THE BEST DIK FOR YOUR FUTURE

    ReplyDelete
  3. dah start potong gaji melalui ujrah

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com