LANGKAH-LANGKAH BAYAR ZAKAT DENGAN MUDAH
Sunday, December 18, 2016
Assalamualaikum…
Pasti ramai yang ingin tahu
cara lebih mudah bagi membayar zakat bukan? Ini adalah kerana dapat menjimatkan
masa dan urusan menjadi lebih mudah! Semuanya kini di hujung jari sahaja!
Tapi sebelum itu kenapa anda
perlu bayar zakat? Wajib ke? Jadi anda perlu lah tahu serba sedikit latar
belakang berkenaan zakat seperti peranan Pusat Pungutan Zakat, Baitulmal dan
lain-lain supaya tiada lah perkara seperti INI berlaku! Jom saksikan kisah di sebalik orang yang tidak membayar zakat....
PENGENALAN
• Pusat
Punggutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) untuk mengutip semua jenis
zakat harta, khususnya di Wilayah Persekutuan manakala
• Agihan
pula oleh pihak Baitulmal-MAIWP.
• PPZ-MAIWP
telah diberikan
tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat harta hanya di 3
kawasan iaitu Wilayah Persekutuan,
Putrajaya dan Labuan.
AKTIVITI PPZ-MAIWP DI DALAM MENYEBARKAN DAKWAH KEWAJIPAN BERZAKAT
KEPADA MASYARAKAT
- Inisiatif bagi menyebarluaskan tanggungjawab berzakat kepada masyarakat telah dipergiatkan dan dipelbagaikan oleh pihak PPZ-MAIWP. Antaranya :
- Program turun padang – pasaraya, street dakwah, majikan swasta dan kerajaan, masjid
- Penggunaan medium masa kini – media baru, media elektronik, media cetak
KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT YANG DISEDIAKAN OLEH PPZ-MAIWP
• Disebabkan
permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat hingga membuatkan mereka tidak menunaikan zakat atau mengambil
jalan ‘nanti’, PPZ-MAIWP terus mengambil inisiatif bagi memudahkan untuk mereka
menunaikan tanggungjawab berzakat.
•
Antara cara mudah bagi menunaikan zakat ialah:
1. Pembayaran melalui portal www.zakat.com.my – 24 jam 7 hari seminggu. Boleh membuat
pembayaran dimana sahaja dan bila-bila masa
2. Pembayaran melalui Perbankan Internet – Antara bank yang boleh digunakan untuk membuat transaksi pembayaran
zakat :
1.
|
Maybank
| |
2.
|
Bank Islam
| |
3.
|
AmBank Group
| |
4.
|
CIMB Bank Berhad
| |
5.
|
Public Bank
| |
6.
|
RHB Bank
| |
7.
|
OCBC Bank
| |
8.
|
HSBC Bank
| |
9.
|
Pos Online
| |
10.
|
Hong Leong Islamic Bank
| |
11.
|
iRakyar (Bank Rakyat)
| |
12.
|
Affins Islamic
| |
13.
|
Bank Muamalat
| |
14.
|
AgroBank
|
Contoh bayar zakat melalui Maybank2u (sila rujuk gambar)
1. Login di “maybank2u"
2. Pilih “Bill Payment”
3. Pilih “Make a one-off payment”
4. Pilih “Zakat & Charity”
5. Pilih Pusat Zakat Negeri anda (tempat mencari rezeki)
6. Pilih zakat yang anda mahu bayar dan dan masukkan nilainya
3. Kaunter Zakat Van Bergerak - Sesuai dengan ‘tagline’, “Kami Bersedia KeTempat Anda”. Hubungi 1 300 88 5757 untuk menempah van ini dan berada di syarikat-syarikat, badan kerajaan, majlis, program dan sebagainya. Terdapat sebanyak 7 lokasi tetap Kaunter Zakat Van Bergerak:
Kaunter ini dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan SEMAKAN. Pembayaran pula boleh dengan menggunakan TUNAI, KAD KREDIT ISLAMIK, KAD DEBIT
dan CEK. Selain itu juga, Kaunter
Zakat Van Bergerak ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas kepada individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000 dan ke atas.
SERUAN
Masih ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak perlu menunaikan zakat. Perlu semak terlebih dahulu segala bentuk pendapatan, perniagaan yang ada dan rujuk kepada pegawai-pegawai zakat.
Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, rujuk dengan PPZ-MAIWP. Bagi maklumat agihan zakat, sila layari http://www.maiwp.gov.my/
Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran zakat sila hubungi:
Masih ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak perlu menunaikan zakat. Perlu semak terlebih dahulu segala bentuk pendapatan, perniagaan yang ada dan rujuk kepada pegawai-pegawai zakat.
Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, rujuk dengan PPZ-MAIWP. Bagi maklumat agihan zakat, sila layari http://www.maiwp.gov.my/
Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran zakat sila hubungi:
Talian
Zakat 1- 300 - 88 – 5757
"Tiada alasan lagi untuk tidak membayar
zakat kerana segala kemudahan telahpun tersedia"
4 172 Love this entry
wahh senang. baru tahu boleh buat macam ni
ReplyDeleteBlogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html
Sekarang dah ada banyak cara untuk bayar zakat. Tak ada lagi alasan untuk mengelak :)
ReplyDeletenice share sis :D
ReplyDeletemellyacrayola.blogspot.my
Terima kasih share pasal hal2 zakat ni...
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda