Translate This Page

REVIEW PRODUK MEWANGI SATU DUNIA!

Saturday, December 10, 2016

Assalamualaikum


Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu produk Mewangi Satu Dunia ni? Sejujurnya pertama kali dengar nama produk ni, apa yang terlintas dalam fikiran aku adalah perfume! Hehe

Baru-baru ini aku berpeluang untuk cuba dan mendalami sendiri apa itu produk Mewangi Satu Dunia Ni? Kalau korang nak tahu, Mewangi ni adalah produk kecantikan kulit untuk badan mahupun muka.


Produk Kecantikan Mewangi Produk Bumiputra

Mewangi ni adalah salah satu jenama untuk produk kecantikan wajah dan kulit badan yang 100% berkualiti tinggi, selamat dan suci. Pengasasnya ialah seorang usahawanita bumiputra yang cantik jelita iaitu, Puan Ayu Azmera Abd Moin!

Kesemua produk rangkaian Mewangi ni dibuat menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti madu, garam bukit, pati bunga-bungaan dan herba tempatan dan telah diluluskan oleh KKM!


Kalau korang nak tahu, Puan Ayu ni nampak je lembut tapi semangat yang ada pada diri untuk berjaya memang fuhh! Aku sendiri rasa terpegun dengan kata-kata semangat dan nasihat daripada beliau.

Yang paling aku kagum beliau tidak teragak-agak untuk berkongsi ilmu yang ada. Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak jana pendapatan lebih boleh la cuba jadi stokis Puan Ayu! Yang penting rain dan tak mudah putus asa okayh! ;)

Duta Produk Kecantikan Mewangi
Siapa yang tak kenal dengan primadona Malaysia kita Kak Ani atau Noraniza Idris yang telah dilantik sebagai Duta Produk Kecantikan Mewangi!

Tak dinafikan lagi Kak Ani adalah salah seorang pengguna produk penjagaan kulit Mewangi agar beliau sentiasa tampak glowing dan cantik gitu! So, tak guna kalau cakap je tapi tak cuba sendiri kan.

So, jom tengok review daripada aku sendiri setelah dua kali mencuba produk Mewangi ni:

Review Produk Kecantikan Mewangi (TRIAL SET)

1.  MEWANGI PEELING SCRUB 
Skrub / lulur garam bukit untuk kegunaan muka dan badan, membuang kulit mati, daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilangkan kehitaman di celahan badan, ketiak dan kelengkang.


Mula-mula pakai rasa pedih sikit sebab garam kan yang boleh membunuh kuman... Lepas basuh kulit akan lebih lembut gittew! Boleh pakai sekali atau dua kali seminggu ;)



2. MEWANGI CHEWING GUM SOAP Pencuci muka yang dihasilkan daripada madu dan kulit kayu manis untuk merawat jeragat, jerawat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan menyejukkan radang kulit.




Warna sabun dia memang pink dan bau pon macam chewing gum rasa macam nak makan! Haha... Kulit rasa tak kering pon lepas cuci dan tekstur sabun macam madu sapu kat muka hehe... Nak cuci pon mudah! Lepas cuci rasa macam pinkish plak muka...hihi



3. MEWANGI CREAM 
Krim untuk kegunaan muka dan badan yang menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara, serta mempunyai SPF60 untuk menyekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjal seri menaikkan aura dan seri wajah.



Lepas cuci muka sapu cream ni bau sama jugak macam chewing gum... Kulit kering jadi lembut dan lembap suka sangat...and yang penting glowing tau! huhu... siapa nak kulit ala-ala korean tu boleh la cuba!




4. 
MEWANGI Penaik Seri 7 Bunga 
Krim kegunaan muka diestrak dan diformulasikan daripada lilin lebah dengan 7 pati bunga untuk menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat yang degil. 14 hari kegunaan berupaya menjadikan kulit anda berseri-seri dan lebih cerah merah jambu dan memancarkan keserian wajah.

Antara Produk yang Bakal dilancarkan ialah:

Gincu Bibir MEWANGI - 4 pilihan warna iaitu Pink Ayu, Pink Mawar, Merah Pinang dan Natural Gloss

Bedak Alas MEWANGI - Ting Ting Foundation.

Minyak Wangi MEWANGI - 7 Kelopak Mawar #wangikanlahhatimu ‘Wangian Penenang Hati dan Jiwa’.

Kalau korang berminat nak try atau nak tahu lebih lanjut, sila rujuk info seperti berikut:


HOTLINE: +6016 444 7131 / +603 7813 7707

ADDRESS: NO 23-G BLK 2 JALAN ELEKTRON NU16/N, SEK U16, DENAI ALAM, 40160, SHAH ALAM

FB: MEWANGI SATU DUNIA

IG: MEWANGI SATU DUNIA

YOUTUBE: TV MEWANGI

WEBSITE: www.mewangiofficial.com

Nak cantik glowing? Hehe Jangan lupa cuba produk Mewangi okayh!! ;)

4 172 Love this entry

  1. Wangi sangat yang chewing gam tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. owh jenama tu mewangi, ingatkan produk wangian

    ReplyDelete
  3. saya bagi umi saya pakai je produk ni. tak sempat nak review lagi hasil dia

    ReplyDelete
  4. Menarik produk ni, boleh try nanti :)

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com