Translate This Page

Tempat Menarik di Johor! Rugi Tak Singgah!

Sunday, October 22, 2017

Assalamualaikum
  
Tempat Menarik di Johor | Pasti korang tercari-cari tempat menarik di sekitar Johor bukan? Kali ni Sis berbesar hati nak share dengan korang semua tempat best dekat Johor! Rugi kalau tak singgah tau even orang Johor pon belum tentu tahu tempat ni…Kikiki… Johor Premium Outlet Sis dah biasa singgah.. hehe
Kalau korang nak tahu, semua tempat-tempat ni diperkenalkan oleh Tourism Johor dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA). Kalau memandai redah je sendiri, Sis pon tak tahu tempat mana yang best kat Johor ni…hehehe.. Thanks a lot to Tourism Johor and MITA!!
Ok, tanpa membuang masa lagi, jom tengok antara tempat best yang korang boleh terjah bersama yang tersayang di Johor…
1. Kampung Sungai Melayu, Eco Tourism Village

Kat Kampung Sungai Melayu ni korang boleh menjalankan aktiviti memancing, menangkap ketam, naik bot pusing2 sekitar sambil menghirup udara yang nyaman, melihat cara penternakan kupang dan pelbagai lagi tau!

Best kalau  buat aktiviti dengan keluarga mahupun rakan-rakan di sini.. hehe...Selesai sahaja beraktiviti, korang boleh makan makanan laut yang fresh dari sungai!

















    2. Ekspo Johor Berkemajuan, Kota Iskandar

    Di sini korang boleh saksikan pelbagai booth yang dibawa dari semua daerah Johor! Macam-macam korang boleh tahu contoh kopi dari daerah Kluang dan Muar, kain tenun, buah-buahan dan ternakan, koleksi barangan keluarga Diraja Johor dan pelbagai lagi! Ekspo dijalankan sekali setahun.





    Sis paling teruja dengan Luxury Coach ni tau, sewa sehari RM 2000 boleh bawak family jalan2 dengan Luxury Coach ni!


    3. Thomas Town & Hello Kitty Town, Puteri Harbour & Legoland Park Johor, Malaysia

    Siapa datang Johor tak singgah sini memang rugi! hahah... Bukan setakat budak-budak je teruja, mak-mak, kakak-kakak makcik-makcik pon boleh teruja kalau datang sini!








    4. Dapor Warisan, Laman Seni Warisan

    Kalau nak fefeeling makan cara orang kampung, korang boleh singgah di Laman Seni Warisan. Yang ni berdekatan dengan tempat training Pasukan Bola Sepak JDT. hehe... Siap ada tarian zapin lagi sementara kita menjamu selera.








    5. Pasar Karat & Deepavali Bazar

    Yang ni lebih kurang macam uptown...hehe cuma yang uniknya ada Deepavali Bazar, semua barangan atau perhiasan bagi orang India ada dijual di sini... Time Deepavali lagi meriah tau!









    6. Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi

    Di Desaru Fruit Farm korang boleh lihat sendiri bagaimana buah-buahan dijaga elok dari dimakan ulat, khasiat buah-buahan tempatan dan luar seperti buah makisa atau passion fruit, mengkudu, kacang botol, buah berry, stevia dan pelbagai lagi. Di sini juga korang boleh belajar macam mana nak tanam dalam botol yang di recycle tau! haha Jimat dah kat situ okayh!

    Terdapat juga ternakan seperti arnab, kambing dan ayam! Semua jinak-jinak kat sini...hehe 






    7. Kampung Tualang 3, Tanjung Gemuk, Sedili

    Selain Laman Seni Warisan, kat Kampung Tualang 3 ni pon korang boleh menyelami rasa duduk di kampung. Dari segi hiasan rumah, cara masak, perkakas semua menggunakan tradisi Melayu ok. Siapa yang sudah tiada kampung boleh la datang sini lepas rindu duduk kat kampung...hehe.. Yang pastinya, sambal belacan dia memang terbaik!








    8. Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas di Sedili Kecil, Kota Tinggi

    Di sini, korang boleh lihat sendiri macam mana belangkas diternak. Ada juga udang (Lobster) diternak di sini. 



    Ni bukan obor-obor ye. Ni anak belangkas yang menanti 16 tahun untuk membesar.

    9. The ELS Club, Desaru Coast

    Setereusnya, siapa yang berminat nak belajar main golf atau nak bermain golf boleh singgah di ELS Club, Desaru Coast. Bukan setakat main golf je tau, nak santai-santai pon boleh sebab kat sini memang cantik tempat dia! Pemandangan dari tempat main golf ke pantai memang mencuri hati semua untuk bergambar di situ!










    10. Kilang Kopi Kluang Coffee

    Asyik singgah makan di stesen keretapi Kluang je kan, haa kali ni kita terjah kilang dia plak ok hehe




    Sis suka sangat roti bakar cecah dengan white coffee dia! Memang urmpphh!!





    11. Zenxin Organic Park, Kluang

    Kat sini boleh bawak anak-anak atau pelajar sekolah yang mahu belajar cara bercucuk tanam. Aktiviti memetik buah dan sayuran juga ada di sini tau. Lpeas dah petik boleh suruh budak-budak tu belajar masak buat salad ke atau apa-apa lah yang sesuai. hehe Biar diorang belajar berdikari kan.. hihi





    Ok, selesai sudah tempat-tempat best yang korang boleh singgah di Johor. Jika korang tercari-cari tempat penginapan di Johor, korang boleh try kat bawah ni:

    1. Hotel Amari, Johor Bahru 

    Hotel Amari adalah salah satu hotel 5 bintang yang ekslusif begitu juga servis yang diberikan! Kebanyakan rekaan dalamannya bertemakan unsur-unsur dari beberapa buah negara dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. 


    Breeze Spa di hotel Amari















    2. Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru

    Di Desaru Tunamaya Beach and Spa Resort ni korang boleh lihat sendiri matahari terbenam dan naik dari resort korang. View resort yang menghala ke pantai memang cantik!





    Macam biasalah, kalau duduk berdekatan dengan laut, rugilah kalau tak makan seafood! hehe



    3. UK Farm, Kluang 


    UK Farm ni memang wajib singgah sebab macam-macam ada kat sini tau! Owner dia pon tak kedekut nak berkongsi ilmu ternakan kambing kepada para pelawat. Landskap dalaman dan luaran sangatlah memukau mata sesiapa yang melihatnya.






    Kat UK Farm ni pon ada kampung orang asli tau! Boleh belajar sejarah pasal orang asli kat sini.


    Jadi, sekian sahaja buat masa ni ok! Nanti Sis akan share dengan lebih details  sepanjang pengalaman melawat tempat2 di atas dalam entry akan datang okayh! :)

    Tapi, kalau korang perlukan info untuk melawat tempat-tempat menarik di negeri Johor boleh la dapatkan info-info dari link di bawah:

    Website – TOURISM JOHOR

    Facebook – 
    TOURISM JOHOR

    Instagram – @tourism.johor


    Selamat Menjelajah Johor!! Luaskan Kuasamu!!


    CREDITS PHOTO: 
    www.eyzamiel.com


    4 172 Love this entry

    1. uih...panjang cerita ni..alahaiii..akak sampai sekarang tak boleh nak move on..best sangat

      ReplyDelete
    2. Selamat hari isnin sis

      Semoga urusan kita minggu ni Allah permudahkan semuanya

      Amin

      Banyaknya tempat menarik di Johor

      ReplyDelete
    3. Maznee nak tanya Shiqin, soalan private. Lepas baca boleh delete. Hehe

      Minat nak exchange bloglist dengan maznee? Maznee baru letak bloglist di sebelah kanan blog

      Lama juga blog ni, dari tahun 2013, pageview pun dah 4,000,000

      Majoriti pembaca mak mak & perempuan muda

      Boleh KLIK SINI untuk lihat pageview semalam

      Dulu tak ambil tahu sangat pasal blogwalking, baru sekarang ada kesedaran.

      Blog yang ada komen ni nampak meriah

      Kalau minat nak tukar tukar bloglist, komen je kat blog maznee ya

      Nanti maznee masukkan.

      Semoga sama sama dapat manfaat.

      Terima kasih ya Shiqin sebab baca sampai habis

      Tak payah publish. Delete ja lepas baca ni

      ReplyDelete
    4. Bestnyaaa! Banyak tempat menarik kat Johor. Next time nak honeymoon, boleh mai Johor jela. hiks

      ReplyDelete

    Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    •❤•MY PROFILE•❤•

    My photo

    Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com