Translate This Page

Aktiviti Menarik di Kampung Sungai Melayu, Johor

Wednesday, November 08, 2017

Assalamualaikum…

Sebelum ni saya pernah kongsikan artikel berkenaan tempat menarik di Johor. Kepada sesiapa yang terlepas boleh lah singgah kat SINI. Jadi hari ni nak share dengan lebih lanjut salah satu tempat menarik di Johor iaitu Kampung Sungai Melayu atau Eco Tourism Village.

Selain suasana kampung nelayan yang menenangkan, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki bot, menangkap ketam, melihat pusat penternakan kupang dan pelbagai lagi. Tanpa membuang masa jom kita tengok gambar dululah ok.
Kak Eyzamiel my partner in crime! hehe
Kawasan jeti yang menempatkan bot-bot nelayan di Kampung Sungai Melayu.
Sepanjang perjalanan menyusuri paya bakau. Ku lihat hijau.. Subhanallah… Cantik sangat kan!
Jom tangkap ketam plak! hehe.. Kurang bernasib baik lah waktu ni... huhu ketam tak masuk perangkap... Kurang letak kasih sayang barangkali? hiks
Seterusnya kita pergi kawasan penternakan kupang plak jom!
Kawasan penternakan kupang! First time tengok ni..teruja….hehehe
Bila tengok benda ni teringat plak dekat kapten Barbesor (tak tahulah eja macam mana) cerita Pirates of The Caribbean…hihi
Ok, masing-masing dah penat dan lapar jom kita singgah makan tengahari di Restoran Sri Pantai!
Ok, ini adalah menu makan tengahari kami! Hehe, menarik bukan? Kalau nak tahu, semua lauk kat sini segar-segar tau…Asam pedas dia memang pergh! Tapi saya suka sangat udang goreng dia sebab memang suka lagi2 yang goreng rangup. Nyummeyh!
Perghh ni la asam pedas ikan apa saya tak sure…kahkah xD Sebab lama sangat dekat toilet sampai je meja makan terus ngap! Muahahah!
Udang goreng nyummeyh!!
Ikan siakap goreng rangup!!

Jangan lupa selfie gittew…hehe dengan kak Hernee Nazir Nampak muda sekali dah ada anak tau? Hahahah…

Last sekali korang boleh tengok hasil buatan tempatan seperti kerepek dan keropok dari kupang. Haaa pernah makan tak? Hehe.. Sedap jugak rasa haritu…hehe

Haaa nil ah dia keropok kupang yang telah dikeringkan. Yang belakang gelap tu yang basah punya boleh goreng macam keropok lekor. Hehe, yang sebelah dia tu belacan lah..hihi

So macam mana? Menarik bukan? Hehe.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut or buat tempahan ke boleh lah rujuk details kat bawah ni ye;

PAKEJ YANG DITAWARKAN:

BOAT TOUR PACKAGE (RM35 per head)
Minimum 2 orang satu pakej
– Melalui kawasan paya bakau
– Menangkap ketam
– Melawat kawasan penternakan kupang
– Melawat tapak bersejarah

LEARNING PACKAGE (RM25 per head)
Minimum 10 orang satu pakej

– Menangkap ketam
– Menjala
– Demonstrasi produk tempatan
– Membuat kraftangan

MALAY KAMPUNG TRAIL (RM30 per head)
Minimum 10 orang satu pakej
– Melawat rumah tradisional
– Petting zoo
– Demonstrasi kain sarong dan batik
– Permainan tradisional
– Demonstrasi produk tempatan

FISHING PACKAGE
8.00am to 5.00pm (RM25 per head)
8.00 am to 9.00 pm (RM 30 per head)
7.00pm to 8.00am (overnight)
-2 bilik @ rumah rakit dan barbeque kitchen (RM50 per head)

BIRD WATCHING
– Melihat burung migrasi dari November hingga Mac setiap tahun.

Sila Hubungi:
Pn. Sharifah | 019-7045904
Alamat – Sungai Melayu Eco Tourism,
80200 Johor Bahru, Johor.
Emel: sungaimelayuecotourism@gmail.com


0 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com