Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) Serah 30,000 Kad NGO Negaraku

Sunday, February 11, 2018

Assalamualaikum

Baru-baru ini Kelab Sahabat Persaudaraan telah melancarkan Mobile App NGO Negaraku dan menyerahkan sebanyak 30 ribu kad NGO Negaraku secara percuma kepada NGO dan Koperasi Berdaftar dan sebanyak 50 NGO telah hadir ke Majlis Pelancaran di Dewan Perdana Felda pada 10 febuari 2018 yang lalu.   

Kalau anda nak tahu, KSP adalah NGO berdaftar yang dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama-sama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program yang berkualiti berteraskan kepada pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat. 


Tujuan Mobile App NGO Negaraku diperkenalkan bagi memberi peluang pemegang kad untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik. Mobile App NGO Negaraku ini hanya boleh diakses oleh pemegang kad sahaja iaitu NGO yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan atau dikenali sebagai ROS.




Menurut pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin, program ini merupakan secara sulung yang disediakan khas buat semua NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip iaitu:
  1. Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
  2. Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
  3. Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Kad NGO Negaraku, sila rujuk gambar di atas. Dengan memiliki kad tersebut, setiap pemilik boleh menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga yang terbaik. 

Manakala Mobile App yang diperkenalkan ini juga mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh ahli NGO ini termasuklah pengumpulan derma dan sumbangan secara digital bagi tujuan untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.


Pada peringkat pengenalan ini, terdapat beberapa syarikat yang turut serta memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, dan comfort reflexology. Program komuniti digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat yang berganda.

Untuk muat turun aplikasi Mobile App NGO Negaraku, sila kepautan SINI


2 172 Love this entry

  1. singgah sini shiqin, ada baiknya jugak mobile app NGO ni,

    ReplyDelete
  2. Wah ada mobile app pula.tapi baguslah diperkenalkan app nih kpd kita utk memudahkan urusan kan

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com