Beraninya Dai Wan tegur Faiz Roslan Secara Terbuka?

Saturday, May 19, 2018

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk 3 Ramadhan 1439 H, harapnya kita masih terus bersemangat dan istiqamah di jalan Allah...


sumber gambar: mediahiburan.my

Ok berbalik kepada tajuk, ramai yang mungkin mengenali Faiz Roslan iaitu salah seorang instafamous yang terkenal dengan video parody nya.

Namun terdapat satu video yang telah mencetuskan kontroversi lagi-lagi apabila dimuat naik dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Akan tetapi, Dai Wan telah menegur Faiz Roslan dan mengecam secara terbuka. Jadi apakah Dai Wan menegur dengan ikhlas atau sengaja mengaibkan Faiz Roslan dan menegur atas emosi semata-mata?

Dai Wan ni juga salah seorang pendakwah yang terkenal dengan membuat surat secara terbuka kepada artis-artis Malaysia tanah air.

Apa-apa pon, jom baca screenshot daripada instagram Dai Wan kepada Faiz Roslan.





Kalau anda semua nak tahu, teguran secara terbuka itu dibenarkan kerana yang ditegur secara sengaja dan terang-terangan membuka aib sendiri. Boleh rujuk sumber di SINI

Jadi secara konklusinya, tindakan Dai Wan inshaAllah tidak salah di sisi syarak. 

Akan tetapi, saya ingin seru pembaca atau sesiapa yang share gambar, perlulah berhati-hati dalam memilih gambar. Aurat tetap aurat ye kawan-kawan.


Terkini, Faiz Roslan telah pun memohon maaf di atas kekhilafan beliau. Alhamdulillah, good job Faiz!! Akak dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Faiz dan kita semua dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang beriman inshaAllah.. aminn... Jadi marilah sama-sama kita ambil iktibar dengan apa yang telah terjadi ya! 



Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Yang mana kurang dalam penulisan saya silalah tegur dan yang mana membawa manfaat sila lah sebarkan untuk kebaikan semua inshaAllah. =)



1 172 Love this entry

  1. Nka tak nak, zaman sekarang orang yang makin berani nak tayang kemungkaran (sebab fikir kita masih di takuk lama yang sekadar bizing di media sosial lepas tu lupakan, biarkan aja), kena tukar pendekatan dengan tegur secara tegas berhemah. Seperti Shai kongsikan pendapat dalam entri ini. http://mommylotte.com/2018/06/03/cegah-apa-yang-mungkar-secara-tersusun/

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com