Kau Bukan Jodoh Aku...

Friday, September 28, 2018

Assalamualaikum...

Firstly, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab tak sempat lagi share last part untuk "Pengalaman Berniqab dan Berpurdah". Aku tak pernah kisah pon ada pembaca atau tak, tapi tak sangka ramai juga yang baca walaupun aku tak tahu siapa. 

Btw, harini aku saja nak share pasal crush aku time sekolah dulu. Korang baca sampai habis okayh sebab ada motif nya kenapa aku share benda ni. =) Aku memang tak pernah couple, tapi crush tu ramai jugak kot. haha.. Tapi masalah problemnya aku pendam sorang2 je perasaan tu.



Cuma ada seorang crush ni memang aku minat sangat dekat dia dari hari pertama aku jumpa dia. Nak dekat 7 tahun jugak aku simpan perasaan kat dia and aku ada message2 dia jugak tu pon tanya pasal akademik and tanya khabar je. Gurau-gurau tu adelah jugak tu pon boleh kira berapa kali.

Pernah dulu time ceramah ada seorang ustazah ni pesan, selalu lah doa yang baik2 termasuklah minta jodoh yang baik2. Kalau kita suka seseorang tu, sebut nama dia dalam doa so aku pon selalu jugak lah sebut nama dia dalam doa aku. Tapi at the same time aku doa jugak kalau dia bukan jodoh aku, pisahkan kami dengan cara yang baik.

Sepanjang 7 tahun memendam perasaan tu, ada jugak dia muncul dalam mimpi aku and time tu aku konfiden sangat dia adalah jodoh aku. Kitorang lost contact lepas SPM. Tapi tak sangka lepas 4 tahun, Kitorang terserempak time praktikal. Dia ada ajak makan tapi aku yang jual mahal sebab aku segan.

Dia memang sangat busy sampai dia cakap dengan aku bukannya dia tak nak message sebab dia memang busy. Yela time tu muda lagi kan, bila orang tak reply message je mulalah fikir yang bukan-bukan. Btw, sekarang pon muda lagi hokay =p Lama-lama aku pon cuba faham and aku try to move on slow2. Bagi aku, kalau aku ni betul2 special bagi dia, busy macam mana pon mesti dia cari masa untuk message aku. Tapi tak pon =').


Walaupun aku cuba untuk move on, tapi jauh di sudut hati aku masih mengharap kat dia. Aku still berharap selagi dia tak kahwin. 

Walaupun ada yang nak masuk line, aku tetap setia menunggu dia sampai aku explain kat kawan lelaki aku, aku masih menunggu seseorang. Sampai macam tu sekali. Betapa bingung nya aku time tu. Suatu hari, aku dah give up and aku bagi peluang kat kawan lelaki yang lain and tiba- tiba aku mimpi dia dah kahwin. Serius lah weyh. Tapi muka dia tak happy. Dahsyat kan walaupun kitorang just kawan je. Tu pon jarang sangat message.

Time aku move on tu memang aku dah delete semua sosial media and contact number dia. So memang aku tak boleh nak stalk dia dah. Aku mintak tolong kawan aku and korang nak tahu apa? =) 

Nanti aku share dalam next entry okayh. Sebab dah panjang sangat =)

2 172 Love this entry

  1. tak sabar nk tunggu sambungan cerita ni hihi new follower here #2832

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com