Pengalaman Pakai Purdah dan Niqab [PART 2]

Saturday, September 15, 2018

Assalamualaikum..

Ok ini adalah entry sambungan daripada ENTRY SINI. Klik link tu untuk baca okayh. Kisahnya dalam post ni aku nak share apa cabaran bila sudah berpurdah atau berniqab ni.

PANDANGAN ORANG

Firstly, tunang aku. Of course la dia suka sebab dia yang galakkan aku berniqab atau berpurdah. Mesti dalam hati korang cakap, aku pakai sebab manusia kan? Ye, memang pada asalnya aku nak jaga hati dia. Tapi macam aku share dekat entry sebelum ni. Aku memang ada niat nak berpurdah/berniqab cuma hati je tak kental and macam2 lah fikir.



Tapi bila dah pakai tu rasa macam lain tau. Entahlah tak tau nak cerita macam mana. Rasa macam kau budak baik sangat. Bila jalan mana-mana memang orang pandang tapi ada yang tunduk hormat macam tu. Aku rasa macam ya Allah aku tak layak pon dapat tunduk hormat tu semua. Ada plak yang pandang aku pastu cepat2 dia toleh tempat lain. 

And tak dinafikan ada juga yang tengok je mata aku. So, aku cepat2 aku toleh. Bukan tu je, dalam fikiran aku budak-budak mesti takut nampak aku. Tapi tak pon =') diorang tak takut pon. huhu.. Cuma ada la dua tiga yang tak pernah nampak dia tengok je aku, pastu bila aku pergi dekat diorang, diorang takut. hahaha

Family aku? Mula-mula memang aku menggigil nak balik rumah pakai purdah. Tak tahulah kenapa. haha Mungkin sebab rata-rata aku tengok niqabis dia share family diorang tak kasi pakai purdah. Siap marah lagi bila berpurdah bagai. So, memang time tu tak kuat sangat. Tapi bila sampai je rumah semua macam tengok aku pastu macam takde pape berlaku. Aku salam tangan parents aku pastu masuk bilik macam takde pape berlaku. Alhamdulillah sangat2. =')

Jangan cakaplah hati ni menangis fikir macam2 end up sebenarnya fikiran aku ni je yang propa lebih.Tak henti2 aku doa supaya Allah permudahkan perjalanan aku ni =') dan alhamdulillah aku dah ada banyak koleksi purdah dan niqab. Satu set dengan tudung lagi untuk starting hehe. Mahal jugak rupanya purdah and niqab ni tapi tak sangka aku jumpa jugak yang murah. Gigih aku survey tau. Nak tau? Nanti aku share kan dalam next post okayh =)

Sekian sahaja, dari Shiqin yang masih belajar. =)

This is auto-post entry. Hence date mentioned in this article might not be the same with the posted date.





4 172 Love this entry

  1. aku pulak bila pakai rasa macam the ninja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu boleh jadi ninja lawan musuh2 Allah ;) inshaAllah hehe

      Delete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com