Kau Bukan Jodoh Aku [PART 2]

Thursday, October 04, 2018

Assalamualaikum...

Ini adalah sambungan daripada entry SINI. Dalam entry sebelum ni aku ada cerita sedikit macam mana aku ada crush since sekolah menengah. Selain tu, aku ada cerita jugak aku mimpi something and dari mimpi tu inilah entry sambungan nya.

Masuk tahun ke 6 camtu, aku pon dah sambung belajar and bila tiba je time praktikal memang ada berkenalan dengan beberapa orang tapi aku jadi serabut last2 aku fikir untuk fokus pada sorang je... tapi dlm masa yg sama aku tetap menaruh harapan pada crush aku dulu... hurm sampai mak aku cakap kena jampi ape lah aku ni susah sangat nak terima orang lain..


Lagipon aku tengah study lagi so just kawan je dengan semua orang cuma sampai ke tahap serius relationship tu aku tak sedia lagi. Tapi kalau crush aku propose, aku tak teragak-agak untuk accept terus. So, kalau orang lain yang sampai tahap diorang nak serius dengan aku, then aku slow2 back off.. dalam kepala aku time tu no couple just study! sebab parents aku jenis strict dari aku zaman sekolah sampai terbawak2 ke zaman Universiti. Kalau boleh belajar dengan kawan perempuan kalau tak faham apa2. hahahah

Ok sambung balik pasal crush aku masa sekolah.. Korang bayangkan ea... Last year aku mimpi dia da kawen. Bayangkan aku dah lama tak contact dia. Tapi kadang-kadang tu aku asyik teringat kat dia. Nak tak nak aku kuatkan jugak hati aku sebab malas nak fikir. Lagipon aku pernah DM adik dia tanya abang dia dah ada someone ke? 

Dia cakap abang dia dah ada someone and tinggal nak bawak jumpa parents je. Tapi aku tak tahu siapa orang tu. Aku masih mengharap akulah orang tu walaupun kitorang jarang sangat contact and aku tahu dia sangat pemalu.. Btw, aku mimpi dia dah kawen kan tapi aku tak nangis pon dalam mimpi tu cuma menangis dalam hati je. LOLZ sebab? aku nampak muka dia tak happy pon. Dia pandang je aku dlm mimpi tu.




Walaupun aku macam nak lupakan dia tapi aku tetap tak puas hati. Aku nak jugak siasat pasal dia cuma masalah problemnya aku kan dah unfriend and buang semua contact dia dari hidup aku. Nasib baik membe aku ada. Since dia still friend dengan crush aku tu so kadang-kadang aku minta tolong dia stalk kan. 

Suatu hari, tiba-tiba membe aku cakap dia dah start kerja. Aku buat-buat macam tak nak ambil tahu pon padahal memang aku nak sangat tahu apa status crush aku waktu tu. Last2 membe aku ni cakap dia memang betul dah kahwin! Yesss... Time tu aku dah redha dah... Takde perasaan langsung. Dah mula tawar hati. Aku hanya mampu doakan dia bahagia bersama pasangan dia.

Then, aku totally move on and cari kenalan baru. Ramai jugak yang aku kenal tapi macam biasa kau akan serabut nak layan sorang2. Last aku decide untuk fokus pada sorang je and kalau boleh nak serius relationship. Kalau korang nak tahu, seseorang yang aku kenal ni sebenarnya aku yang tegur dia dulu. Sampai tak malu pon nak offer contact nombor aku kat dia walaupon dia tak nak...

Yes, dia tak nak ok... dia ingat aku ni jenis senang nya nak dapat kot?? hahaha.. Kenapa aku share nombor handphone instead of media social? Nanti lah aku cerita sebab dah panjang sangat... Btw, kalau korang nak tahu, 2 ke 3 bulan lepas tu dia jugak yang lamar aku tau... =p haaa, apa yang buat dia berubah fikiran? Nantilah aku ceritak okayh.


Ya Allah kau peliharalah hubungan kami dan permudahkanlah urusan kami hingga ke Jannah Mu ya Allah =')

Alhamdulillah kami dah nak kawen inshaAllah. Doakan kami ye... 😊😊 So, macam mana aku kenal mamat ni and kisah dia melamar aku? inshaAllah nnt aku share kan lepas kawen k.. Korang doakan yang baik-baik okayh ^^,

Harap2 penulisan aku nanti sedikit sebanyak boleh bantu golongan single kat luar sana...huhu... aku sharekan nnt inshaAllah.. So, konklusinya kat sini... Kau hanya merancang tapi Allah tentukan yang terbaik buat kau inshaAllah.. jgn putus untuk berdoa kayh... 😊😊😊 

Tunggu lah berapa tahun pon, kalau dah tertulis dia bukan jodoh kau, maka bukan jodoh kau lah jawabnya. Apa2 pon banyakkan berdoa supaya Allah aturkan yang terbaik buat kita okayh =') *sambil menaip entry ni tetiba lagu instrumental song 1000 years keluar hokayyy... Jangan risau, tak basah pon pipi hehh... =p Oklah tu je kot perkongsian untuk hari ini.





Salam Jumaat buat semua!! Jom baca Al-Kahfi dan banyakkan amalan sunat wokeayh ;) Till then peeps! Thanks for reading this not so long story =p




0 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com