SKIM THOHIR 2018 | JOM BERZAKAT DENGAN KEMPEN POTONGAN GAJI

Thursday, October 04, 2018


Assalamualaikum...


Mungkin ramai yang tak tahu kita boleh juga berzakat melalui potongan gaji. Jadi, nanti tiadalah alasan terlupa atau tidak cukup masa bukan? Kalau korang nak tahu, baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen.

Kempen ini khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.

Kepada sesiapa yang belum buat, so korang boleh la join kempen ni nak tahu sebab apa? Bukan setakat berzakat je. Kalau bertuah korang boleh menang pakej umrah dan percutian ke Beijing, Bangkok, Medan, Pekan Baru dan Jakarta. Menarik bukan? Terima kasih kepada Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. atas tajaan! Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan December akan datang.



Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad. 

Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.

Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Caranya mudah sahaja tau. Baca sampai habis ye.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan;


  • Portal PPZ-MAIWP, www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
  • Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
  • Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Syarat-syarat penyertaan kempen:


  • Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
  • 11 kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ-MAIWP, www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
  • Majikan di syarikat atau organisasi
  • TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757

SO KORANG TUNGGU APA LAGI?? JOM JOIN SEKARANG SEBAB LAST 31 OCTOBER 2018!! 

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”




0 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•

My photo

Norashiqin Kamaruzaman LinkedIn | Personal Blog | Business |Tips & Tutorials | Travel | Food | Review | Environmental Health & Safety | UiTM Puncak Alam | knorashiqin@gmail.com