Siti Jamumall Bersyukur Majlis Ditaja sehingga RM 500 Ribu!

Sunday, April 07, 2019

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru-baru ni berlangsungnya majlis gilang-gemilang antara Siti dan Syafiq di Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam. Kalau korang nak tahu, majlis ni memang mendapat perhatian kerana ditaja hampir 500 ribu tau!




Siapa tak suka kalau majlis perkahwinan ditaja betul tak? Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siti Suriani atau terkenal dengan nama Siti Jamumall tidak menyangka mendapat tajaan sehingga RM500 ribu!!






Siti pada mulanya hanya inginkan majlis biasa secara kecil- kecilan tapi lepas memuat naik status di Facebooknya tentang nak buat majlis perkahwinan, terus bertalu-talu mendapat whatsapp dan call dari founder produk, owner kedai, dan macam-macam lagi untuk sponsor majlis perkahwinan Siti. Bertuah sungguh la Siti ni.





Hampir 100 company dari  pelbagai produk berminat untuk menaja majlis perkahwinan Siti Jamumall ni sehinggakan yang mahu berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati untuk menaja majlis Siti. Siti sangat bersyukur kerana ditaja dari nikah, Prewedding, Majlis Berinai majlis kahwin sampailah ke pakej honeymoon!




Kata Siti, beliau berasa sangat sebak kerana tanpa disangka majlis nya menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun sebagai promoter atau host untuk jamumall.com yang menjual pelbagai jenis produk kosmetik, fesyen, kesihatan dan makanan.




Kalau korang nak tahu, bukan calang-calang yang sponsor Siti ni. Antaranya Dlia Jean Bridal untuk sepersalinan baju sanding dan deco majlis dari Wedding by Emma. 

Antara Top Sponsor untuk majlis perkahwinan Siti & Syafiq ialah:

1. Pelamin & hiasan dewan dari WeddingbyEmma

2. Baju pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection

3. Grand wedding cake dari Mad About Cake

4. VIP menu dari Rumpun Selera

5. Coffee Es-Cream dari Ana Zahra Beauty

6. Jamu dari Seri Lady Empire Resources

7. Tudung bawal bridesmaid dari Gallery Bawal

8. Kain pasang diamond dari Irahsukri

9. Telekung dari Pretty Aini

10. Makeup set dari Zacthira Navillionniza

11. Scarf dari Scarf by Mehrun

12. Printed box dari Art Creation Printing

13. Perfume dari Luxe Essencia Resources

14. Pakej bulan madu dari Arwarna Resort


Antara penaja-penaja lain yang terlibat adalah:

1. Rumpun Selera
2. Joker Cendolz
3. Rempah Ratus Mak siti
4. Aiskrim Viral
5. Satay Ros Viral
6. Apam Balik by the Veggiess
7. Chefnarkitchen Mee Kari

So, mungkin korang boleh terjah FB Jamumall.com macam mana diorang buat live promote barang-barang okayh. Mana tahu lepas ni ramai vendor and founder produk minta korang promote barang diorang plak kan lepas tu dapat sponsor untuk majlis. Tak ke seronok gitu? hehe

Apa-apa pun tahniah dan selamat menjalani bahtera alam rumah tangga buat Siti dan Syafiq. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. 



0 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

•❤•MY PROFILE•❤•