6 Tempat Menarik untuk Bercuti di Penang

Sunday, November 24, 2019


Assalamualaikum..

Nampaknya dah lama juga aku tak share pasal percutian dalam blog ni kan? Heheh.. So, dah nak cuti sekolah ni boleh la plan.  Kalini aku nak plan baik punya untuk bercuti dengan family kecilku. Lokasi pilihan kali ini ialah di Penang.Kenapa perlu bercuti ke luar negara sedangkan dalam Malaysia pun ada banyak tempat yang boleh kita pergi kan? Heheh saja je nak jaga hati sendiri. 
Sebenarnya ada lagi few tempat yang aku dah listkan untuk pergi.. Tapi haritu tak puas jalan-jalan kat Penang sebab makanan dia semua sedap-sedap. So kalini sambung lagi percutian ke Penang!

Kalini aku plan naik flight and beli dari Kuala Lumpur to Penang flight ticket sebab tak nak penat sangat and jimat masa. Kalau korang nak tahu, korang boleh try book Jetstar flights online  guna Traveloka. Kat Website Traveloka ni mudah sebab semua benda ada dalam tu.

So, yang kaki berjalan atau wonderlust aku sarankan untuk guna Traveloka dan yang paling menarik aku pernah baca review ada orang save sampai RM200++ dengan Traveloka tau. hehe

Oklah, Panjang dah mukadimah aku, so jom aku share kan plak tempat-tempat menarik yang aku dah survey untuk pergi.. Heheh, rugi kalau tak singgah tau.

● Penang Street Art
Yang ni memang wajib pergi, jarang sangat kita tengok orang pergi Penang tak pergi sini melainkan kalau dia tu memang dah selalu datang penang lah. Terdapat pelbagai mural yang dilakarkan di dinding-dinding di sekitar Georgetown. Dan specialnya murah ini ia menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan dan gaya hidup penduduk tempatan.


● Rumah P. Ramlee

Siapa tidak kenal dengan seniman agung negara kita Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Beliau sangat berjasa dalam industri hiburan tanah air kita. Walaupun beliau telah tiada, namun lakonannya masih ditayangkan di kaca televisyen kita sebagai tanda penghargaan untuk beliau. Rumah ini dibina oleh ayah beliau sendiri. Selepas ketiadaan beliau rumah ini dibaiki serta dijaga oleh pihak Arkib Negara dan dibuka untuk pengunjung.


● Bukit Bendera
Boleh dikatakan Bukit Bendera ni menjadi salah satu daripada simbol kepada Pulau Pinang. Ia merupakan stesen Bukit British yang tertua di Asia Tenggara. Dan cuacanya juga lebih sejuk berbanding di Bandar Georgetown, yelah nama pun atas bukit kan. Macam mana nak naik? Kena hiking ke? Jangan risau dekat sini ada disediakan service kereta api funicular. Jadi mudahlah untuk kita nanti.

● Pantai Batu Ferringhi
Kalau orang datang Penang tak pernah dengar nama pantai ni, mungkin kena repeat kot pergi Penang minggu depannya. Ia merupakan pantai yang paling famous di Pulau Pinang. Terdapat banyak hotel dan penginapan berhampiran dengan pantai ni.

Mungkin kami juga akan pertimbangkan untuk cari hotel area sini juga sebab nak santai-santai tepi pantai juga. Kalau korang jenis yang minat sukan air macam aku, so aku cadangkan korang untuk menginap area sini!

● Fort Cornwallis
Penang ni kaya dengan tempat-tempat bersejarah yang boleh kita pergi dan lihat sendiri. Salah satunya adalah Fort Cornwallis. Ia merupakan kawasan pertama yang orang famous dalam buku sejarah kita, Francis Light jejak semasa tiba di Tanah Melayu dulu. Di sini terdapat beberapa peninggalan sejarah yang masih kekal utuh dan elok.
● Taman Tema Escape
Di sini kita bukan sahaja boleh buat aktiviti air, tetapi ada juga aktiviti lasak mesra alam semula jadi yang lain. Di taman tema ini juga terdapat gelongsor air yang terpanjang di dunia iaitu 1.14km. Walapun tiketnya agak mahal tetapi aku rasa sangat berbaloi untuk kita cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Harap-harap suami bagi naik sebab dia memang gayat bab-bab gelongsor tinggi atau roller coaster ni..hihi

Sebenarnya banyak lagi tempat yang kita boleh singgah dekat Penang ni. Kepada yang sukakan sejarah atau sesuatu yang lain boleh kunjungi beberapa muzeum yang terdapat di Penang. Muzeum di Pulau Pinang ni bukan sahaja untuk peninggalan sejarah malah ada juga muzeum-museum lain yang kita pun tak terfikir diorang akan buat macam Ghost Museum dan Teddy Bear Museum.

Selain itu, sesetengah bangunan yang masih mengekalkan struktur lama tu memberikan satu keunikan untuk kita lihat dan rasa sendiri suasananya. Moga perkongsian aku yang serba sedikit ni boleh bantu korang juga nanti. Selamat bercuti!

7 172 Love this entry

  1. Ramai dah plan nak bercuti.
    Musim cuti sekolahlah katakan tapi tulah harga boleh meningkat dari mur mur ke hal hal
    kena bijak memilih.
    Traveloka masuk masuk list pilihan harga mampu milik ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 hehe..kena plan betul2 kalau nak bercuti time musim cuti hhehehe

      Delete
  2. Penang mmg best..suka jalan2 tengok mural & bangunan lama..makan2 lg happening..

    ReplyDelete
  3. partner in crime dah sebut2 nak ke penangn cuti sekolah ni..tp sisyat macam tak nak pergi dulu sebab baru je pergi..huhu

    ReplyDelete
  4. Ada beberapa tempat lagi belum jejak. Nak bercuti di penang kena berlama-lamaan baru boleh pergi banyak tempat menarik. Okay juga tu boleh cuba gunakan service traveloka next time bercuti.

    ReplyDelete
  5. Penang...oh dulu2 almost every year pergi..sejak 2 tahun ni tak pergi2 dah pula.

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak pi Penang...
    Rumah P Ramlee denagn Taman Tema tu mmg tak pernah sampai...tapi sejak anak dah besar besar ni mcm tak sesuai pulak nak pi Taman Tema tu Shiqin hihi

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda