Kad Kesihatan Dipercayai Cegah COVID-19

Tuesday, March 31, 2020

Assalamualaikum..

Ada tak antara korang yang pernah dengar kad kesihatan boleh cegah COVID-19? Aku pon agak terkejut sebenarnya tapi percayalah benda ni ada dijual di salah satu farmasi terkenal di Malaysia.

Kad yang diletakkan sejenis bahan kimia mampu menghalang virus-virus dalam udara seterusnya mencegah si pemakai dari terkena jangkitan virus.

Tapi tahukah anda, setiap bahan kimia ada kandungan dan amount tersendiri supaya ia bertindak lebih efektif. Ada yang efektif tapi membawa kesan tidak baik kepada manusia.

Kalau korang pernah terbaca pasal kad kesihatan yang mengandungi Chlorine Dioxide haa kad itulah yang aku maksudkan.

Kalau nak tahu efektif ke tak, korang kena baca selanjutnya di SINI. Maklumlah dalam keadaan sebegini di kala dilanda wabak COVID-19 ni masing2 mudah terpengaruh dengan cara2 dan peralatan yang boleh menghalang jangkitan virus tersebut.

Percaya atau tidak, face mask yang kita beli online pon belum tentu ianya keluaran kilang yang bersih mahupun yang telah di recycle oleh pihak tertentu. Korang better check okayh.

Hand sanitizer pon macam2 jenama keluar sekarang tapi efficient ke tak kita tak tahu. Ada plak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan ayat2 ruqiah padahal content dalam hand saanitizer tersebut 0% alcohol di mana ianya mungkin tak efektif.

Jadi, saya harap semaklah dahulu sebelum membeli dan jangan sampai tertipu. Paling mudah duduk sahaja di rumah, kerapkan basuh tangan dan jaga jarak 1 m apabila keluar dari rumah. Jangan lupa pakai mask for better precaution okayh.

Sekian, semoga kita terlindung dari wabak penyakit ini. Aminn..

1 172 Love this entry

  1. Kad kesihatan yg mana eh...kita ada guna kad kesihatan ke? Tulah tu musim wabak mcm ni ada pulak yg ambik kesempatan...
    Sama dgn awak jugak ye....staysafe!

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda