Cara Dapatkan RM50 ePenjana MySejahtera! Saya Sudah Dapat!

Thursday, July 30, 2020

Assalamualaikum..

Ramai yang sedia maklum kerajaan akan menyumbangkan sebanyak RM 50 mulai hari ini kepada sesiapa yang sudah install dan mendaftar dengan applikasi MySejahtera.


Jadi, pastinya ramai yang berfikir ia masuk secara automatik. Tidak semudah itu ya... Mari saya kongsikan langkah-langkah mudah sebelum anda layak terima RM 50 ePenjana menerusi applikasi e-wallet anda!

Langkah-langkah ini terpakai untuk pengguna Touch n Go ewallet ye:

1. Buka applikasi Touch n Go ewallet

2. Anda perlu membuat verifikasi bagi akaun Touch n Go milik anda. Ikuti sahaja langkah seerti yang diberikan seperti berikan gambar IC depan dan belakang, dan gambar selfie.

3. Sekiranya sudah, akaun Touch n Go anda akan ada ikon seperti gambar di bawah.


4. Kemudian anda klik pada iklan ePenjana seperti dalam gambar di atas.

5. Ikuti semua langkah dan tunggu email atau lepas 5 minit duit sudah masuk!
Yeay dah dapat duit raya haji RM 50! So jangan lupa sharekan pada family dan rakan rakan ye!

2 172 Love this entry

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda