2020: Pengalaman Bersalin di HTAR, Klang (PART 2)

Tuesday, September 01, 2020

Assalamualaikum..

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pengalaman sampai masuk ke LR. Dari mula-mula tanda nak bersalin sampailah masuk LR. Korang boleh refer kat SINI. Kali ni aku nak cerita pengalaman sepanjang dalam LR termasuklah detik-detik cemas semua.


Aku Failed Dalam Labour Room

Aku start masuk LR tu jam 7.30 pagi lepas buat ujian dalam bilik PAC. Lepas je nurse inform nak kena induce, terus macam-macam ada dalam fikiran. 

Start induce dalam pukul 8 macam tu pakai IV Drip masuk kat tangan. Habis je masuk ubat induce, setengah jam lepas tu ada Doktor datang cek lagi bukaan. Haa ni la yang aku nak cerita apa yang doktor tu cakap.

Aku tak sure apa term dalam medical tapi yang dia inform aku, awak punya bukaan sekejap je bukak ni so mudah la bersalin normal. Lepas dia cakap macam tu aku terus rasa syukur sangat. 

Sebenarnya aku rasa sakit tu macam senggugut tapi tak teruk sangat. Tiba-tiba ada doktor lain datang offer aku ambil epidural. Aku mula-mula memang tak nak sebab nak rasa pengalaman sakit bersalin normal. So, diorang cakap oklah kalau sakit nanti ambil gas Ethonox je.

5 minit lepas tu datang lagi doktor lain, awak serius ke tak nak ambil Epidural? Awak anak first nanti sakit tak tahan, lepas tu lama lagi kot malam nanti kot esok baru bersalin. 

Dalam hati aku "ya Allah seram lah plak". Suami aku yang ada kat sebelah terus bisik kat aku " Sayang ambil jela, tak sanggup tengok sayang sakit nanti". 

Kena Psycho Dalam LR

Mula-mula aku dengan husband dah agree nak ambil gas je. Lepas kena psycho dengan doktor yang last tu terus dua2 rasa cuak. Lagi-lagi after effect lepas ambil epidural tu kan orang cakap nanti sakit belakang. 

Tapi memikirkan nanti aku sakit takut tak larat nak push, last2 aku pon agree ambil lagi-lagi lepas suami kata takpe ambil je xD. 

Masa kena cucuk jarum kat tulang belakang tu sakit tau. Memang tak boleh gerak langsung risau jarum patah ke apa. Tapi lepas dah setel masuk Epidural jam 9 pagi tu aku baring macam biasa. Suami yang kena keluar sekejap masuk balik pastu kejap-kejap tanya sakit tak? 
Lebih kurang macam ni lah procedure nak ambil epidural. Tapi aku takdela duduk bongkok macam tu... Aku duduk tegak je diam2 sambil tahan sakit kena cucuk kat tulang sumsum tak silap aku haha..

Sama la dengan doktor and nurse yang tengah pantau aku. Sekejap-sekejap tanya sakit tak? Memang takde rasa sakit apa. Aku rasa mengantuk sikitlah. Tapi takdela mamai macam makan ubat selesema yang mengantuk tu.

Beberapa kali jugakla aku tertido bangun, tertido bangun sama la dengan suami aku kat sebelah sampailah jam 12.00 tengahari tu aku dah rasa sakit sikit. Nurse datang cek bukaan dah 6 cm. 

Tapi aku cakapla aku ada rasa sakit tapi still under control. Nurse tu pon siap cakap kat aku bagus Epidural ni.. haha aku pon angguk jela.

Contraction 10 minit sekali sampailah 12.45 tengahari bukaan dah 8 cm. Nurse tu kata cuba awak try meneran. Aku pon macam what? Dah nak bersalin dah ke ni? Aku pon follow jela cakap dia. Then nurse kata ok stop2. Bagus macam tu.

Aku pon macam konfiden lah kan lepas dia cakap macam tu. Dia kata pukul 2 dah boleh dah ni. Dia cakap dia dah nak balik dah pukul 2 petang. Lolz. Lepas tu aku kena bersalin jam 2 lah ni?

Aku dah start rasa contraction setiap 5 minit plak. Tapi sakit still under control. So, jam 1 petang nurse cek lagi.. Lepastu dia tutup tirai semua and panggil team dia. Betulkan position aku semua pastu dia suruh aku start meneran. Time ni lah plak suami aku takde. 

Dia keluar kejap lepas tu tak sempat masuk sebab ingat lambat lagi. Hahaha.. Baru je berangan nak genggam tangan dia kuat2 macam sweet lah kononya. Sekali dia tunggu luar pintu LR jelah sebab masa nak masuk pintu dah kena tutup.

Last2 dia kata ok awak teran ye. Aku pon teran lah macam nak buang air besar. Lepastu aku tak sure diorang tengok apa kat screen tu dia kata ok teran! Aku pon macam tiba-tiba tak larat nak push dah. Dalam bebrapa minit aku try tapi tak keluar lagi baby.

Tengkuk aku sampai lenguh and badan pon dah lemah duk push. Lepastu dengan suara sekeliling bising nya stress aku..  "Puan push lah.. nanti baby lemas!" Tahan nafas, tahan nafas. Tarik dalam2 nafas dan push. 

Jangan lepas nafas. Nanti baby puan masuk balik. Puan dah nampak tu kepala baby dia masuk balik.. Puan jangan keluar suara nanti penat bla bla bla.. Aduhh. penat lah aku hhahahaha.. 

Aku Rasa Give Up & Nak Nangis

Then, aku pon baring, lepas tu baru nurse cakap awak rehat dulu, jangan push je, nanti dah rasa nak membuang baru push. Aku pon landing balik kat katil rasa nak nangis tak larat sebab nurse tu macam nak marah je puan teran lah! hahha malas aku nak layan. 

Aku nak rehat. Sambil layan air mata mengalir lepas 1 minit lebih datang la rasa nak membuang tu sampai nurse semua tunggu sambil cakap eyh lamanya awak contraction?? haha.. Bila sampai je sakit nak meneran tu, aku pon bangun tanpa hiraukan sekeliling aku tarik nafas sikit je aku terus push sekuat hati.

Pengalaman aku, kalau tarik nafas dalam sangat nanti jadi tak larat nak push maybe sebab effect Epidural tu sekali. So aku tarik nafas yang tak dalam sangat, tahan then push sekuat hati dengan suara meneran terkeluar. 

Alhamdulillah 1.15 tengahari keluarlah cahaya mata ibu abah yang soleh. Yeay puan baby dah keluar alhamdulillah. Dia tunjuk aku jantina semua lepastu terus dia letak baby kat dada. Aku rasa lega je time tu. 


So, bila dia letak baby kat aku, aku macam terpinga-pinga, happy semualah... huhuhu..  Lepas nurse bagi pegang dalam 5 minit dia ambil bawak pergi cuci. Abah dia nak azankan tapi tak boleh kat LR, kena dekat wad. huhu.. 

Kena Jahit Hidup-Hidup

Lepas tu kena jahit plak fuhh time ni epidural dah off ye.. Haaa rasalah sakit kena jahit hidup2... Nyilu sangat! Nak dekat setengah jam menjahit pastu bukak jarum epidural plak. Aku risau jugak doktor yang menjahit tu macam mengantuk.. Doa jelah dia jahit ok and takde pape..

Sebab pernah ada kes jahit tak betul nanti takut infection and kena bukak balik jahitan semua... Huishh tak daya nak hadapnya lagi...  

Mostly yang bersalin normal kena jahit episiotomy. Reason dia kalau tak buat episiotomy nanti ada possibility koyak lagi besar and tak cantik. Setel je semua dah boleh masuk wad dengan baby. Tidurlah dekat wad satu malam. Huhu.. Masuk je wad terus abah Uwais azankan =')

Alhamdulillah, Hazamin Fadhli Rabbi dekat sengat dengan tandas space hujung besar mudah abah dia nak duduk2. Bangunan pon baru dan cantik selesa untuk ibu-ibu lepak especially tempat nak discharge keluar.

Setel baby berak kencing paginya Doktor dah bagi discharge. Sebelum discharge doktor ajar semua cara nak jaga baby semualah. Nak tanya soalan apa2 semua dia jawab. Lepas tu ambil ubat dan boleh balik esok paginya.

Btw, 3 hari lepas berurut sakit yang paling sakit dari sakit beranak tu sakit rengat. dia datang beberapa saat je tapi sakit sangat tanda rahim nak mengecut. Nurse pesan bertunku je kat tempat rahim tu alhamdulillah lepas beberapa hari rengat tu hilang =).

Overall servis semua bagi aku oklah. Government tak boleh nak expect lebih sangat. Nak tunggu katil masuk wad pon dalam setengah jam gak rasanya sebab penuh. So tu jelah pengalaman nak share dengan korang semua. 

Terima kasih sudi baca sampai habis. Mohon doa kalian buat keluarga kecil kami tergolong dalam keluarga sakinah mawaddah warahmah ='). Aminn


1 172 Love this entry

  1. semoga anak membesar dengan sihat dan beriman.. amiin..

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda