Jom Ikhtiar Supplement untuk anak kekal focus dalam pembelajaran | Eskayvie i-Qids
Thursday, September 22, 2022Assalamualaikum and Hi!
Jom Ikhtiar Supplemen Untuk Anak Kekal
Fokus Dalam Pembelajaran Dengan Eskayvie i-Qids
Ramai
yang sedia maklum kita sudah pun memasuki fasa endemik sejak 1 April yang lalu.
Kebanyakan sekolah dan tempat kerja sudah mula beroperasi sepenuhnya. Pasti
banyak perkara yang merisaukan ibu bapa bukan?
Kalau
dahulu sebelum musim Covid-19, ibu bapa ini tidaklah terlalu risau dengan
kesihatan anak-anak tetapi kini bermacam-macam jenis penyakit yang boleh
menjangkiti anak-anak kita.
Selepas kita masuk ke fasa endemik walau pun kita
masih belum bebas sepenuhnya dari Covid-19, timbul pula jangkitan Influenza A
yang menyerang anak-anak dan jangkitan wabak cacar monyet yang mula menyerang
di negara-negara luar.
Ramai kanak-kanak yang telah dijangkiti Influenza A
di sekolah dan jangkitan ini semakin hari semakin membimbangkan. Klinik sampai
habis vaksin Influenza dan ubat-ubatan. Hospital pula penuh dan tiada katil
kosong. Kalau sakit yang tidak memudaratkan doktor suruh balik rumah je.
Mesti ramai yang perasan kan, panadol dan ubat-ubatan
berkaitan dengan demam, selesema dan batuk habis di kedai. Memang susah nak
cari sekarang ni. Kalau dapat tu pun nasib-nasib je. Ini menunjukkan ramai
diantara kita yang dijangkiti. Tambahan pula cuaca tidak menentu sekarang ni
yang menjadi antara penyebab banyak penyakit berleluasa.
Jadi,
kita sebagai ibu bapa perlukan yang terbaik untuk anak-anak bukan? Selain
vaksin yang disarankan oleh kerajaan, pemakanan anak-anak juga perlu dititik
beratkan supaya mereka kekal sihat dan kuat untuk melawan virus-virus yang
merebak di luar sana.
Selain
itu, kebersihan anak-anak juga penting seperti kerap mencuci tangan dan tidak
berada di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai. Untuk perlindungan yang
lebih baik, anak-anak perlukan makanan tambahan seperti vitamin bagi
mengelakkan atau mengurangkan impak sekiranya terkena jangkitan yang sekaligus
memberi kesan ke atas minda mereka.
Eskayvie
i-Qids amatlah sesuai untuk perlindungan dan membuatkan anak anda lebih fokus
dalam pembelajaran!
Video pengenalan i-Qids
Seperti
yang ibu bapa semua sedia maklum, antara kesan jangka panjang jangkitan virus
Covid-19 adalah boleh menyebabkan kadar fokus pembelajaran anak-anak menjadi
berkurangan. Eskayvie i-Qids boleh diambil bagi membantu meningkatkan kadar
focus anak-anak malah sesuai juga untuk anak-anak yang sering moody dan tantrum. Kandungan yang
digunakan adalah berasaskan bahan semulajadi yang baik untuk anak-anak korang.
Kelebihan Eskayvie I-Qids Berbanding
Produk Lain
Untuk
pengetahuan korang, Eskayvie merupakan antara pengeluar suplemen tambahan yang
semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia ketika ini.
Banyak
testimoni pengguna dan bekas pesakit Covid-19 yang berikan maklum balas positif
selepas ambil Eskayvie i-Qids. Jadi ibu bapa di luar sana tidak perlu
risau lagi kerana anak-anak anda kini boleh dapatkan perlindungan tambahan dan
meningkatkan fokus mereka dengan adanya produk keluaran terbaharu iaitu
Eskayvie I-Qids. Di antara manfaat yang ada dalam Eskayvie i-Qids ini ialah:
▪
Merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
▪
Menggunakan bahan-bahan semula jadi.
▪
Diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa
AlQudri
▪
HALAL, selamat dan berkesan.
▪
Sedap dan rasa coklat.
▪
Menguatkan memori & daya ingatan.
▪
Meningkatkan fokus & daya tumpuan.
▪
Memperbaiki mood dan mengurangkan stres.
▪
Menyokong prestasi sekolah & pembelajaran.
▪ Melengkapkan keperluan nutrisi dengan 22 jenis vitamin dan
mineral serta 22 jenis ekstrak buahan dan sayuran.
▪
Mudah diamalkan.
6 Bahan Nutrisi Utama Untuk Otak Yang
Sihat dan Minda Yang Cerdas:
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kita haruslah
mengambil serius tentang pemakanan harian anak-anak kita. Makanan yang sihat
dan seimbang dapat membantu anak-anak kita mempunyai minda yang cergas dan
membesar dengan baik. Anak sihat kita pun happy kan? Tak gitu…
Jom kita kenali apakah 6 bahan nutrisi utama yang ada
dalam Eskayvie i-Qids ini yang boleh membantu meningkatkan otak yang sihat dan
minda yang cerdas.
1. Phosphatidylserine (Serine)
Kalau
korang nak tahu, sebenarnya masih ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan
pengambilan Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang
baik, kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg
Phosphatidylserine sehari tetapi sayangnya, kanak-kanak kita hanya
mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini!
Phosphatidylserine
ni bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh
meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi
laju, semestinya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang
baru! Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga
mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai individu terdedah dengan
pengambilan Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.
Phosphatidylserine
boleh didapati daripada makanan harian walaupun pada kebiasaannya jumlahnya
tidak mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada
sumber makanan tambahan.
2. Alpha Linolenic Acid (ALA)
Untuk
info korang, sebenarnya ikan mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai
Omega 3 dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA
dan DHA yang mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel
otak untuk berhubung.
Sayang
sekali, pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan
nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada
makanan semulajadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan. Namun
disebabkan rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang
gemar untuk mengamalkannya.
Sebab
itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber
EPA dan DHA kepada otak si kecil memandangkan rasanya yang lebih lazat.
3. 22 Buahan & Sayuran
Kalau
nak tahu, sebenarnya sayur-sayuran dan buah buahan merupakan sumber antioksidan
utama dalam pemakanan harian kita. Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak
mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah kanak-kanak. Tapi apa
nak buat kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan kurang gemar mengambil
buahan?
Sebab
itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak sayuran dan buahan amat
diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam
sayuran tersebut. Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai kandungan
antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi
juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk
memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan
sayur.
4. Moringa Oleifera
Kebiasaannya
tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai'
yang merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat.
Khasiat moringa yang anda perlu tahu:
1)
3x zat besi berbanding bayam
2)
4x kalsium berbanding susu
3)
3x potassium berbanding pisang
4)
7x vitamin C berbanding oren
5)
Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc.
6)
Menyokong kesihatan organ
7)
Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan
Malah,
ia dikaji boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Tidak
dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas
pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca
pandemik mengalami impak negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya
pemikiran mereka. Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu
bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood
ini.
5. Prebiotik
Prebiotik
merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik
di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem
usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.
Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat
persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai
alternatif untuk memastikan kesihatan usus.
Macam-macam
sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk
seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak
lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah
untuk diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan
nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.
6. Multivitamin & Mineral
Ramai
kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran
yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik bermula, beberapa siri perintah
berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak
anda. Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera,
makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan
yang tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.
Sebab
itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkapi dan
mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak. Ibu bapa harus sentiasa peka
dengan pemakanan anak anda. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna,
amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh
membantu.
Apa Kata Mereka Yang Dah Mencuba
Eskayvie i-Qids?
Eskayvie
i-Qids ni bukan saja sedap dan disukai kanak-kanak. Malah, ia boleh bantu
menguatkan daya ingatan anak-anak untuk menjadi lebih fokus. Eskayvie i-Qids
juga merupakan mood booster yang boleh bantu tenangkan anak-anak yang kerap
tantrum. Kunyah-kunyah 2 kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat yang
luar biasa buat anak-anak.
Macam
korang boleh lihat testimoni kat atas ni, selera makan anaknya semakin
bertambah selepas mengamalkan Eskayvie i-Qids hampir setengah botol. Menarik bukan? Jadi ibu bapa yang stress dengan anak-anak yang susah nak
makan buah-buahan dan sayur-sayuran tu boleh cuba Eskayvie i-Qids ni. Mana tahu
lepas amalkannya anak anda akan lebih berselera.
Untuk ibu
bapa yang ada masalah anak speech delay pun boleh cuba Eskayvie i-Qids ni.
Ramai ibu bapa yang berkongsi pengalaman perubahan positif pada anak mereka
selepas mencuba produk ni.
Kita
hanya ikhtiar, yang menentukan semuanya Allah. Jika menepati ubat itu akan
penyakit maka ia akan sembuh. Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat
yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu sudah
diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.
Daripada
Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila
menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin
Allah" (Riwayat Muslim dan Ahmad)
So, jangan lupa dapatkan sekarang okayh!!
Website: www.eskayvie.com
Facebook: Eskayvie Malaysia
Instagram: Eskayvie Malaysia
#EskayvieiQids #BoosterUntukMindaCerdas #EskayvieKitaIkhtiar
0 comments
Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda